DPPK Pagoh
Page Facebook Rasmi Dewan Pemuda PAS Kawasan Pagoh.
#Ribat #TerusMemimpin #KembaliKepadaPenyelesaianIslam
Elok sgt jgn undi lagi jenis macam ni
11/04/2026
PENEMPATAN AUTOMATIK 10A SPM KE MATRIKULASI : JANGAN BINA JURANG PENDIDIKAN
1. Pemuda PAS Selangor mengambil maklum dan meneliti secara mendalam pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkenaan jaminan tempat di Program Matrikulasi kepada semua pelajar yang memperoleh 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Walaupun kita meraikan kecemerlangan setiap pelajar tanpa mengira kaum, anjakan dasar yang begitu kritikal ini tidak seharusnya bersifat populis atau dibuat terlalu cepat tanpa kajian mendalam semata-mata kerana tunduk kepada tekanan politik pihak tertentu.
2. Terdapat keperluan mendesak untuk membetulkan naratif mengenai kuota Bumiputera. Ia bukanlah satu bentuk diskriminasi, sebaliknya bertindak sebagai pelindung kepada kelompok yang masih ketinggalan secara sistemik. Matrikulasi direka sebagai instrumen keadilan sosial bagi memberi peluang kepada anak-anak Bumiputera dari keluarga B40 dan M40 melangkah ke institusi pendidikan tinggi. Menyamaratakan kemasukan hanya berdasarkan meritokrasi gred akan menghakis fungsi asal institusi ini.
3. Sistem pendidikan yang adil bukan hanya dinilai dari sudut meritokrasi, tetapi perlu mengambil kira latar belakang sosioekonomi, jurang fasiliti antara sekolah bandar dan luar bandar, serta tahap akses kepada pendidikan tambahan. Persaingan menjadi sangat tidak seimbang apabila pelajar dari pedalaman terpaksa bersaing di atas padang yang sama dengan pelajar bandar. Dasar yang tidak meneliti realiti ini hanya akan menjadi langkah yang membina dan melebarkan lagi jurang pendidikan.
4. Kami amat bimbang melihat risiko terhadap negara jika tekanan politik, seperti desakan berterusan daripada pimpinan parti komponen kerajaan terutamanya Setiausaha Agung DAP, dibenarkan menentukan hala tuju dasar pendidikan. Apabila kehendak politik mendahului kajian ilmiah dan data ekuiti, kelangsungan pembangunan modal insan dan sistem keadilan sosial negara akan terancam.
5. Sebagai jalan penyelesaian yang inklusif, kami mencadangkan agar KPM mengekalkan kuota 90:10 namun memperketatkan kemasukan berpandukan saringan data sosioekonomi bagi memastikan hak Bumiputera B40 dilindungi. Bagi meraikan pelajar cemerlang bukan Bumiputera, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) wajar membuka lebih banyak tawaran alternatif premium seperti program Asasi di Universiti Awam terpilih, serta memperkasakan laluan STPM dengan tawaran biasiswa penuh. Ini bukanlah perkara yang asing memandangkan kerajaan juga telah pun memberi inisiatif yang sangat banyak melalui kementerian dan wakil rakyat kerajaan yang lain dengan sumbangan dan perlepasan cukai terhadap kolej-kolej swasta bukan bumiputera.
6. Sebarang pindaan kepada dasar kemasukan institusi kritikal seperti Matrikulasi perlulah melalui sebuah jawatankuasa penilaian dasar pendidikan yang bebas, yang dianggotai oleh pakar pendidikan, bukannya ditentukan oleh ahli politik. Jadikan data, ihsan, dan keadilan sosial sebagai kompas utama memandu sistem pendidikan negara, bukan sekadar memuaskan kepentingan politik jangka pendek.
Ustaz Dr Aubidullah Fahim Ibrahim
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor
11/04/2026
Sekali lagi, sukarelawan dari pelbagai pelosok dunia berhimpun dan akan kembali berlayar dalam misi Global Sumud.
Seluruh warga Pemuda PAS Sabah dan Rakyat Malaysia senantiasa mendoakan kesejahteraan, keselamatan, dan kejayaan untuk aktivis-aktivis kemanusiaan yang menggalas sebuah harapan besar menuju ke Gaza.
Marilah kita terus memberikan sokongan kepada rakyat Gaza yang telah sekian lama dizalimi rejim Zionis. Teruskan menyokong usaha dan inisiatif dari segenap sudut untuk membantu rakyat-rakyat di Bumi Anbiya itu.
Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan kepada mereka di Bumi Gaza.
Buat aktivitis Global Sumud, Selamat Berlayar. Allah Yuftah Alaikum wa Fi Hifzillah.
Kredit: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah [Official]
11/04/2026
Ini kenyataan Anwar satu masa dulu.
Dulu bila harga minyak naik, tak ada cerita pasal “faktor global”.
Tak ada kiraan peratus, tak ada istilah ekonomi yang berselirat.
Yang ada cuma satu ayat “Ini bodoh!”
Siap banding dengan negara import macam Turki dan India.
Siap tegaskan kita ni negara pengeluar dan pengeksport minyak.
Hari ini,
Tiba-tiba semua ada kira-kira.
Tiba-tiba rakyat kena faham faktor global.
Kredit kepada Teganukita
Click here to claim your Sponsored Listing.