Abdullah Sahid

Abdullah Sahid

Share

abdullah sahid

22/09/2025

Dalam landskap global yang sarat dengan ketidaktentuan, Kerajaan MADANI tidak berdiam diri.

Memastikan kos sara hidup yang tidak menekan rakyat, Kerajaan MADANI perlu mengambil langkah berani, adil dan menyeluruh.

Mulai 30 September 2025, rakyat Malaysia akan menikmati harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter melalui inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Bagi bukan warganegara, harga tanpa subsidi dikenakan RM2.60 seliter.

Langkah ini adalah komitmen berterusan untuk melindungi rakyat, memperkukuh kedudukan kewangan negara, mengurus cabaran global dan memastikan manfaat negara sampai terus kepada setiap lapisan masyarakat untuk dinikmati bersama.

Marilah kita terus bersatu padu untuk memastikan ekonomi negara terus kukuh dan berupaya berhadapan cabaran mendatang demi melindungi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Photos from Abdullah Sahid's post 10/10/2024

Rabu, 09 Oktober | Parit Jawa Muar

Telah kembalinya Jamilah bt Daud (isteri arwah Wak Daing) pada Rabu 09 Oktober di Parit Gantung, Parit Jawa Muar.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا، وَأَكْرِمْ نُزُلَهَا،

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dihimpunkan bersama para solihin ditaman2 syurga tanpa hisab..

27/08/2024

https://www.facebook.com/share/p/ShjZPT9eb9aJm8Hm/?mibextid=oFDknk

Pimpinan Keadilan Cabang Muar Serahkan Bantuan Katil Pesakit di Parit Ponorogo

Photos from Abdullah Sahid's post 13/08/2024

Sebagai salah seorang ALK, saya mengiringi Tuan Hj Nik Abdul Aziz Nik Abdul Rahman Pengerusi Koperasi i-Muara dalam Lawatan Kerja YB Tuan Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa BELIA Sukan. Pembangunan USAHAWAN Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor ke Koperasi IMuara Muar Berhad yang terletak di Jalan Temenggong Ahmad, Parit Sakai yang menjalankan aktiviti pemborongan dan peruncitan, IMuara Halal Mart.

Pada masa sama, mereka turut menubuhkan Koperasi Keluarga Nik Norma Muar Berhad yang menjalankan aktiviti perkhidmatan homestay.

Selain itu, Koperasi IMuara Muar Berhad juga bekerjasama dengan Koperasi Masjid Al-Manar Muar Berhad untuk mengusahakan jualan produk telur masin yang diproses sendiri.

Hadir sama ketika lawatan ialah Pegawai Daerah Muar, Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar, Haji Norrizam Bin Muhamad; Ketua Bahagian UMNO Muar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN (JPKD) Maharani, Dato’ Ashari Sarip.

27/07/2024

Khamis, 25 Julai | Parit Jamil Muar

Menziarahi M Izzudin Wahid (anak syurga) yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Didoakan semoga segera sembuh dan diberikan kesabaran kepada ahli keluarganya atas ujian ini.

Want your business to be the top-listed Photography Service in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address

Sungai Balang
Muar
84000