BanQku FC
Laman Facebook Rasmi Kelab Bola Sepak BanQku FC
BanQku Football Club Official page
16/10/2025
🔵🟡 Alhamdulillah!
Sentiasa ada rezeki untuk meletakkan diri di kedudukan empat pasukan terbaik Liga Setia Raja MuFA. Sasaran mara ke Separuh Akhir LSRM2025 tercapai. Kekalahan dalam Perlawanan Penentuan Tempat Ketiga ini membuka lebih ruang untuk penambahbaikan. Tipis, kali ini pahit tapi tetap "kan kajih" sebagai ubat dan formula untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan.
Lebih membanggakan BanQku FC dibarisi 100% anak tempatan Mukah dalam kesebelasan utama mampu memberikan saingan sengit dalam perlawanan penentuan ini. Kehadiran para pemain muda dalam skuad utama dari kalangan generasi ke-3 pengasas pasukan meneruskan legasi BanQku FC yang sentiasa memperkenalkan bakat-bakat baharu dalam LSRM dan bola sepak Mukah. Tahniah anak-anak dan semua para pemain. Kalian sudah menunjukkan yang terbaik!
Kan kajih!
🌱
12/10/2025
🔵🟡 Tahniah kerana menjadi pasukan tempatan yang paling konsisten dalam setiap edisi Liga Setia Raja MuFA! Tewas tipis di Separuh Akhir setelah mempamerkan saingan hebat dengan semangat juang tinggi membawa BanQku FC sekali lagi ke Perlawanan Penentuan Tempat Ketiga.
Tipis tapi pahit. Kan kajih! Pahit itu ubat untuk merawat dan memperbaiki kelemahan. Semoga bangkit lebih hebat!
12/10/2025
🔵🟡 Hard luck. Kan kajih!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Mukah
96400