Tadika Pintar Soleh

Tadika Pintar Soleh

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tadika Pintar Soleh, Nursery, Taman Wirajaya, Parit Raja.

Photos from Tadika Pintar Soleh's post 08/07/2026

πŸ“’ MAKLUMAN PENGURUSAN KUALITI PENDIDIKAN & PERKHIDMATAN
Tadika Pintar Soleh HQ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Para ibu bapa yang dihormati,

Selaras dengan komitmen kami untuk terus meningkatkan kualiti pendidikan dan perkhidmatan, berikut merupakan beberapa inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan bagi memastikan setiap murid menerima pengalaman pembelajaran yang terbaik.

βœ… JUN – OPEN DAY (SELESAI DILAKSANAKAN)
Program Open Day telah berlangsung dengan jayanya sebagai platform perkongsian perkembangan, pencapaian dan kemajuan setiap murid secara individu. Guru-guru turut mengadakan sesi perbincangan bersama ibu bapa bagi merancang tindakan susulan yang bersesuaian demi perkembangan optimum setiap anak.

🎯 JULAI – PELAKSANAAN KELAS INTENSIVE PENGUKUHAN
Bermula Julai, kelas pengukuhan bagi subjek teras akan dilaksanakan dengan pendekatan 2 guru dalam 1 sesi. Murid akan dibahagikan kepada kumpulan kecil bagi memastikan pembelajaran lebih fokus, interaktif dan berkesan.

Subjek terlibat:
β€’ Bahasa Melayu
β€’ Bahasa Inggeris
β€’ Hafazan Al-Quran

🎯 JULAI – PENAMBAHBAIKAN TRANSIT KEPADA GROWTH CLASS
Kelas Transit kini dinaik taraf kepada Growth Class yang berlangsung pada 3.30 petang hingga 4.30 petang.

Program ini memberi penekanan kepada pembelajaran berstruktur melalui latihan harian yang dipantau oleh guru, meliputi:

Pengukuhan Bahasa Melayu
Pengukuhan Bahasa Inggeris
Matematik
Art Class
Soleh Love Solat

πŸ’œ MID-YEAR PERFORMANCE REVIEW GURU
Sebagai sebahagian daripada budaya penambahbaikan berterusan, pasukan guru akan menjalani Mid-Year Performance Review.

Proses ini bertujuan untuk:
β€’ Menilai prestasi dan pencapaian guru.
β€’ Mengenal pasti peluang penambahbaikan profesional.
β€’ Mengiktiraf kecemerlangan warga pendidik.
β€’ Memastikan standard pengajaran dan perkhidmatan sentiasa berada pada tahap terbaik.

Kami percaya bahawa guru yang terus berkembang akan melahirkan anak-anak yang lebih cemerlang dari segi ilmu, akhlak dan sahsiah.

Terima kasih atas kepercayaan, kerjasama dan sokongan berterusan daripada semua ibu bapa. Semoga setiap usaha yang dilaksanakan ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan menjadi asbab kepada lahirnya generasi yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia.

β€œLegasi Anak Pintar Berakhlak Mulia Bermula Di Sini.” πŸ’œ

07/07/2026

🌸 LIVE PETANG INI! 🌸

Assalamualaikum ibu ayah. 😊

Insya-Allah hari ini jam 4.00 petang, Ustazah Nazirah akan bersiaran secara LIVE untuk berkongsi tentang:

πŸŽ₯ KENALI KELAS KHAS TPS

Ramai ibu bapa masih keliru…

❓ Apa itu kelas khas?
❓ Anak saya perlu masuk kelas khas ke?
❓ Apa beza kelas khas dengan tadika biasa?
❓ Bilakah masa terbaik untuk memulakan intervensi?

Insya-Allah ustazah nazirah akan kongsikan secara santai berdasarkan pengalaman lebih 15 tahun mendidik dan membimbing anak-anak, termasuk anak-anak yang mengalami Autisme, ADHD, Speech Delay, GDD dan kelewatan perkembangan.

Semoga perkongsian ini dapat membantu lebih ramai ibu ayah memahami keperluan anak dan membuat keputusan yang terbaik buat mereka.

πŸ—“ Hari ini (Selasa)
πŸ•“ 4.00 petang – 5.00 petang

πŸ“ LIVE di TikTok & Facebook Ustazah Nazirah | Tadika Pintar Soleh

Jemput tag ibu ayah, ahli keluarga atau sahabat yang sedang mencari ilmu tentang perkembangan anak. Moga Allah jadikan ia asbab manfaat buat lebih ramai keluarga. 🀍

Want your school to be the top-listed School/college in Parit Raja?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address

Taman Wirajaya
Parit Raja

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Sunday 07:30 - 17:30