Geosurvey Mapping Sdn Bhd
Ukur Tanah, Pecah bahagian,Pecah Sempadan, Ubah Syarat,Permohonan Tanah dan lain-lain.
Perbezaan Hak milik sementara dan Geran Mukim.
Kedua-dua jenis Hakmilik ini yang diguna pakai di Malaysia.
Hakmilik Sementara ini adalah hakmilik yang belum diukur halus, yang bermaksud hakmilik yang belum diukur dengan jelas atau belum muktamad diatas tapak, atau lebih mudah difahami adalah diatas tanah belum ada tanda sempadan yang ditanam.
Ini bermaksud keluasan bagi hakmilik sementara adalah keluasan anggaran kerana sempadannya belum dimuktamadkan.
Geran Mukim p**a adalah Hakmilik Muktamad. Hakmilik Muktamad ini adalah hakmilik yang telah diukur halus.
Boleh juga jika kita ingin mengekalkan Hakmilik Sementara, dengan syarat tiada Krisis persempadanan.
Jika Pemegang Hakmilik Sementara menghadapi Krisis Persempadanan, Ianya perlulah diselesaikan dengan memohon hakmilik Muktamad
Untuk memuktamadkan persempadanan diatas tanah, seeloknya adalah pemilik yang memegang Hakmilik Sementara di Syorkan untuk memohon hakmilik muktamad kepada Pihak Berkuasa Negeri, dengan cara melantik Jurukur Tanah untuk menyediakan Dokumen ,Pelan dan sebagainya.
Jika perkongsian ini memberi manfaat untuk anda, sila kongsikan atau tekan butang “share” supaya dapat memberi manfaat kepada orang lain. Terima kasih.
“Rancang kerana Sayang,🥰
Ukur Urus Tanah Anda Sekarang” 🥰
**************************************************
Jika ada sebarang pertanyaan, dan perlukan bantuan khidmat nasihat. Anda boleh Call / Whatsapp di talian https://wa.me/+601110566163
Geosurvey Mapping Sdn Bhd
L.C No. 133, Jalan Cempaka 1, Taman Bunga Cempaka Biru, 86400, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
( Pejabat kami berhadapan dengan Maybank Parit Raja)
No. Telefon En Zarif : 011-10566163 / 011-10846163
No. Telefon Pejabat : 011-10526163
************************************************
Be proud of your work & Show it to the world with confidence
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PECAH BAHAGIAN:
1. Semua pemilik tanah masih HIDUP
~Sekiranya ada pemilik tanah telah meninggal dunia, pastikan waris tekah menguruskan Harta Pusaka.
2. Semua pemilik tanah mestilah BERSETUJU untuk membuat permohonan pecah bahagian.
~Sekiranya ada salah seorang pemilik tanah tidak bersetuju untuk membuat permohonan pecah bahagian, pemilik tanah yang lain yang ingin meneruskan permohonan tersebut hendaklah mendapatkan perintah mahkamah.
3. SYARAT NYATA dalam geran hendaklah sama dengan di atas tanah. Contohnya, Jika syarat nyata didalam geran adalah Tanaman Kelapa Sawit, pastikan tanaman yang berada diatas tanah adalah Tanaman Kelapa Sawit Juga.
~Jika Tanaman di atas Tanah Tidak Sama dengan Syarat Nyata di dalam Geran, maka disitu telah berlakunya perlanggaran syarat dan Permohonan Pecah Bahagian akan ditolak. Oleh itu, Permohonan Ubah Syarat perlu di laksanakan dan sehingga mendapat kelulusan atau permohonan Ubah Syarat boleh dilakukan secara serentak dengan Permohonan Pecah Bahagian melalui proses SBKS (Serah Balik Kurnia Semula)
4. Hakmilik mestilah HAKMILIK MUKTAMAD.
~Sekiranya Hakmilik tersebut masih Hakmilik Sementara, Perlulah selesaikan sehingga mendapat Hakmilik Muktamad.
~Sekiranya Hakmilik tersebut adalah Hakmilik Sementara, Tetapi dalam sistem telah mempunyai Pelan Akui dan telah diukur, Permohonan Hakmilik Muktamad dan Pecah Bahagian boleh dilakukan secara serentak melalui SBKS (Serah Balik Kurnia Semula).
🥰Jika perkongsian ini memberi manfaat untuk anda, sila kongsikan atau tekan butang “share” supaya dapat memberi manfaat kepada orang lain. Terima kasih.
“Rancang kerana Sayang,
Ukur Urus Tanah Anda Sekarang”🥰
**************************************************
Jika ada sebarang pertanyaan, dan perlukan bantuan khidmat nasihat. Anda boleh Call / Whatsapp di talian https://wa.me/+601110566163
Geosurvey Mapping Sdn Bhd
L.C No. 133, Jalan Cempaka 1, Taman Bunga Cempaka Biru, 86400, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
( Pejabat kami berhadapan dengan Maybank Parit Raja)
No. Telefon En Zarif : 011-10566163 / 011-10846163
No. Telefon Pejabat : 011-10526163
************************************************
Be proud of your work & Show it to the world with confidence
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |
| Saturday | 08:00 - 17:00 |