Tb.Awareness11
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tb.Awareness11, Health & Wellness Website, Sg. Chuchuh, Arau, Jalan Wang Ulu, Kangar, Perlis.
02/01/2021
Hilang selera makan juga merupakan tanda-tanda awal menghidapi penyakit Tuberkolosis.
Kehilangan selera makan merupakan satu perkara yang amat merisaukan dan tidak boleh dipandang remeh. Apabila pesakit Tuberkolosis tidak mengamalkan pemakanan yang betul dan tidak makan secukupnya, ianya boleh menyebabkan daya tubuh badan pesakit lemah.
Hal ni sekaligus, akan memburukkan lagi keadaan pesakit dan menyebabkan keadaan kesihatannya kian merosot dengan lebih teruk.
24/12/2020
APA ?! TUBERKOLOSIS TULANG BELAKANG ? BIAR BETUL ?!
Tuberkolosis bukan sahaja terhad pada paru-paru. Di luar pengetahuan masyarakat, tempat yang paling kerap dijangkiti selepas paru-paru ialah tulang belakang. Ia boleh menyebabkan kemusnahan tulang belakang, sakit belakang yang kronik malah boleh melumpuhkan pesakit.
Antara simptom Tuberkolosis Tulang ialah:
•Sakit atau tidak selesa pada mana-mana bahagian tulang belakang.
•Demam.
•Berpeluh-peluh pada waktu malam
•Hilang selera makan.
•Kebas tangan atau kaki atau kedua-duanya.
•Lemah atau hilang kekuatan tangan atau kaki atau kedua-duanya.
√ Sekiranya pesakit lambat mendapatkan rawatan, tulang pesakit boleh 'dimakan' oleh kuman yang menyebabkan pesakit kelihatan membongkok ke depan dan terjadinya benjolan keras.
Berikut merupakan dua langkah pencegahan penyakit Tuberkolosis yang akan diterangkan oleh saudari Ainaa secara ringkas.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Address
Perlis
01000