ShutterLens

ShutterLens

Share

Nothing

31/12/2013

Surat Perletakan Jawatan Sebagai Pengerusi Kelab ShutterLens@PPKT

Assalamualaikum.

Kepada tuan penasihat,
En.Zulham Hamdan
kelab ShutterLens@PPKT

Untuk makluman
Saya ingin meletakan jawatan sebagai pengerusi Kelab ShutterLens@PPKT berkuatkuasa 31 Dis 2013. Saya telah memegang
Jawatan ini selama hampir 3 tahun iaitu 2011 hingga 2013.Rasanya bagi ahli yang lain juga merasai jawatan tersebut.Dengan perletakan jawatan ini, saya masih
Ahli kelab dan akan membantu dalam aktiviti kelab masa akan datang.

Selama 3 tahun ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang telah berkerjasama dan memainkan peranan dalam perjalanan dan aktiviti kelab.

Sebagai pengganti pengerusi kelab yang baru untuk tahun 2014, saya mencadangkan En.Syamsul Bin Yakin.Dengan pengalaman dan kemahiran bidang jurufoto yang beliau ada Insya’Allah beliau dapat memimpin kelab.

Sekian, terima Kasih.

Fikry Bin Azizan
Pengerusi Kelab ShutterLens@PPKT 2011-2013

Want your organization to be the top-listed Government Service in Pinang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address

Pusat Pengetahuan Komunikasi Dan Teknologi, Aras 2, Bgn Eureka, USM
Pinang
11800