Marz Computer Trading

Marz Computer Trading

Share

Even if you can’t see exactly what you need – no problem, the chances are we can still help.

06/03/2026

Ramai yang tanya saya, lepas tekan butang ON, apa sebenarnya yang berlaku dalam komputer tu sampai keluar logo Windows? 🤔

Sebenarnya ada 'drama' pendek berlaku dalam masa beberapa saat tu. Jom saya kongsikan flow mudah macam mana komputer kita 'bangun tidur' dan bersiap untuk buat kerja. Sesuai untuk kawan-kawan yang non-tech nak faham

1. Power On (Tekan Suis)
Langkah pertama bermula apabila anda menekan butang Power. Arus elektrik akan masuk melalui Power Supply (SMPS) ke seluruh komponen komputer. Ini ibarat kita mengejutkan jantung komputer supaya mula berdegup.

2. BIOS/UEFI (Pemeriksaan Kesihatan)
Sebelum komputer masuk ke Windows atau Linux, satu program kecil bernama BIOS (terletak di atas motherboard) akan "terbangun" dahulu.

Tugasnya: Melakukan POST (Power-On Self-Test).

Analoginya: Seperti kita bangun tidur, kita akan periksa sekejap—tangan boleh gerak? Kaki sakit tak? Mata boleh nampak? Jika BIOS dapati RAM atau Keyboard tiada, dia akan berbunyi beeeep! sebagai amaran.

3. Mencari 'Kunci' (Boot Loader)
Setelah BIOS puas hati semua hardware OK, dia akan pergi ke Storage (SSD/HDD) untuk mencari "kunci" atau arahan bagi menghidupkan sistem operasi. Arahan ini dipanggil Boot Loader.

4. Memuatkan Sistem Operasi (Loading OS)
Di sinilah logo Windows atau Linux mula muncul. Data-data penting daripada simpanan (SSD/HDD) akan dipindahkan ke memori pantas (RAM) supaya komputer boleh bekerja dengan laju.

5. Ready to Use (Desktop Muncul)
Akhir sekali, paparan Desktop akan keluar. Ini bermakna komputer sudah siap sedia sepenuhnya untuk menerima arahan anda—sama ada mahu melayari internet, buat kerja pejabat, atau main game.

Ringkasan Mudah:
Elektrik masuk (Tekan butang).

Check barang (BIOS periksa hardware).

Panggil Windows (Bootloader ambil data dari SSD).

Siap sedia (Desktop muncul).

05/03/2026

🔥 PROMO UTAMA: FORMAT KILAT RM10 SAHAJA! 🔥
Ya, korang tak salah baca. Harga asal RM80, tapi sekarang cuma RM10!

✅ Laptop kembali laju macam baru beli!

✅ Siap pantas dalam masa 3 hari sahaja!

✅ Settle masalah lagging, blue screen, atau windows berat.

🎁 BONUS AKSESORI RAYA: DISKAUN 10% - 50%! 🎁
Sambil tunggu laptop siap, korang boleh borong aksesori terbaru dengan harga lelong:

🖱️ Mouse & Keyboard (Gamer ke, Office ke, semua ada!)

🔋 Powerbank & Earphone (Wajib ada buat balik kampung!)

💼 Beg Laptop & Gadget (Ganti yang lama, bagi nampak baru!)

📉 Diskaun dari 10% sehingga 50% untuk item terpilih!

Jangan tunggu sampai saat akhir baru nak hantar. Slot format kami terhad setiap hari supaya kualiti terjaga! 🛠️✨

📍 LOKASI KAMI:
7-1, Tingkat Satu, Jalan Hillpark 11/9,
Persiaran Hillpark, 42300 Puncak Alam,
Selangor Darul Ehsan.
(Atas Marz Tecnology & Trading)

📞 HUBUNGI KAMI SEKARANG:
Wasap terus untuk booking slot:
👉 http://wa.me/601157856460

Marz Computer Trading We experts in computer/laptop repairs and security system with satisfactions and quality.Contact us now for FREE CONSULTATION : 0115-785 6460

BRANCH PUNCAK ALAM / BRANCH BANGI
011-5785 6460

29/01/2026

Tips Repair Laptop: Skrin Gelap Gelita? Jangan Panik Dulu!

Tengah semangat nak siapkan kerja/assignment, tiba-tiba tekan butang on, lampu menyala, kipas bunyi... tapi skrin KOSONG. Gelap gelita macam masa depan tanpa gaji! 😱

Mula lah hati tu berdebar, peluh jantan keluar. "Aduh, kena beli laptop baru ke ni? Beribu p**a terbang nanti!"

Kita faham perasaannya. Lagi sakit hati bila:

😱😱Dateline dah dekat sangat, tapi dokumen semua dalam tu.

😱😱Takut kena tukar motherboard yang harga dia boleh buat bayar ansuran motor.

😱😱Risau data-data penting, gambar anak bini, semua hilang kalau salah hantar kedai.

Sebelum hantar kedai, cuba 3 langkah 'pertolongan cemas' ni dulu:

1️⃣ Hard Reset: Cabut charger, cabut bateri (kalau jenis boleh cabut). Tekan & tahan butang power selama 30 saat. Pasang balik & cuba on.

2️⃣ Guna Skrin Luar: Sambungkan laptop ke monitor atau TV guna kabel HDMI. Kalau kat TV ada gambar, maksudnya skrin laptop kau yang problem. Kalau TV pun gelap, mungkin masalah RAM atau GPU.

3️⃣ Cuci RAM: Kalau berani buka bawah laptop, cabut RAM, gosok bahagian "emas" tu guna pemadam pensel. Pasang balik kemas-kemas. Kadang-kadang habuk je punca dia!

Dah buat semua kat atas tapi masih "gelap"?

Jangan paksa-paksa, nanti makin melarat. Bawa jumpa pakar di Marz Computer Trading. Kami bantu diagnos dulu sampai jumpa punca sebenar. Tak perlu pening-pening fikir sorang diri.

Klik link WhatsApp ni sekarang untuk tanya harga atau buat appointment: 👇👇
https://wa.me/601157856460?text=Hai,nama%20saya%20:%0A%0Asy%20nk%20repair%20laptop.%0AMasalah%20laptop%20saya%20ialah%20:No%20Display

23/10/2025

🔧 Jawatan Kosong Part Time: ICT Technician 🔧

Lokasi: Puncak Alam | Syarikat ICT

Kami mencari individu yang berkemahiran asas dalam bidang IT untuk bantu operasi teknikal syarikat secara part time.

✅ Kelayakan Wajib

Minimum Diploma dalam bidang ICT / Teknologi Maklumat / Kejuruteraan Komputer

Mesti ada kenderaan sendiri (motor atau kereta)

Boleh bekerja secara berdikari & ikut arahan teknikal

🛠️ Tugas Utama

Membantu pemasangan, penyelenggaraan komputer, printer & rangkaian

Membuat troubleshooting asas hardware/software

Support team teknikal di tapak pelanggan

🕒 Waktu Bekerja

Isnin – Jumaat

8.30 pagi – 6.30 petang

Cuti Raya Puasa & Haji panjang dan terancang

💡 Kelebihan

Elaun & komisen projek

Training disediakan

Pengalaman kerja industri ICT

📲 Berminat? WhatsApp sekarang:
👉 https://wa.me/60126646761?text=PartTimeTech

Kembangkan karier anda di sini.

wa.me

Want your business to be the top-listed Computer & Electronics Service in Puncak Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address

Puncak Alam

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 15:00