FiT4Fun Club

FiT4Fun Club

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from FiT4Fun Club, Personal trainer, No 07-1 Jalan Eco Grandeur 1/9, Puncak Alam.

25/11/2021

Topik : ARAH TUJU FITNESS KITA

Setiap dari kita mempunyai hala tuju apabila melakukan aktiviti kecergasan. Ada tujuan perkahwinan, turun berat badan, bercuti, Hari Raya, azam tahun baru dan bermacam lagi.

Semua target di atas tidak salah, malah ianya bagus sebagai pencetus kepada anda untuk mula berubah. Namun sejauh mana target tu akan berkekalan. Adakah setelah mencapai target tu anda akan kembali kepada cara hidup yang lama ?

Tubuh badan kita memerlukan kecergasan dan kesihatan selama mana kita masih hidup di dunia ni. GAYA HIDUP SIHAT, perlu sentiasa bersama kita tak kira umur, status atau di mana kita tinggal.

Pilih GAYA HIDUP anda, pstikan anda boleh KONSISTEN apabila melakukannya.

12/11/2021

Topik : PANDAI MAIN PANDAI SIMPAN LAH (RE-RACK EQUIPMENT))

Usaha seseorang untuk bersenam di Gym atau di mana-mana fitness center adalah sangat positif dan baik. sekarang p**a dah memang banyak Fitness Center yang di buka berdekatan dengan kawasan perumahan. So lagi senang lah nak ke gym dan tiada alasan untuk tidak bersenam.

MALANGNYA, sikap positif itu tidak di terapkan ketika di Gym. Apa masalahnya ?? Masalahnya DAH PANDAI GUNA TAKKAN TAK PANDAI LETAK SEMULA.. Apabila kita dah selesai menggunakan alatan di Gym tolonglah letak semula di tempat asalnya. Tiada pembantu nak tolong anda, melainkan anda gajikan sorang untuk tolong letakkan semula alatan tu.

Anda kena tahu bahawa setiap orang di Gym mempunyai tahap kekuatan dan saiz yang berbeza. Mereka yang mungkin baru bermula dan juga bersaiz kecil mungkin tidak mempunyai kekuatan seperti anda yang besar atau dah lama bermain Gym. Mungkin saiz-saiz plate / dumbell yang berat tidak mampu untuk di angkat apabila mereka juga ingin mengunakan mesin senaman yang sama.

Selain itu, Ini boleh mengakibatkan KECEDERAAN kepada diri anda sendiri, apatah lagi jika anda p**a menjadi PENYEBAB kepada KECEDERAAN orang lain yang bersenam di situ.
Apabila tercedera boleh menyebabkan kepada bahana-bahana lain seperti :

1) Limitasi pergerakan
2) Kurangnya semangat
3) Kena keluarkan kos rawatan
4) Tak boleh bekerja
5) Penurunan tahap kecergasan

dan banyak lagi kesan lain yang boleh berlaku akibat KECEDERAAN ni sebenarnya.

Tempat Latihan samada di GYM, STUDIO FITNESS, RUMAH ANDA, TAMAN dan lain-lain perlulah dalam keadaan yang SELAMAT dan BERSIH. Dua faktor ni merukan faktor utama kerana kita bersenam untuk mengelak dari tercedera dan sihat dari penyakit. Kalau mendatangkan kecederaan dan tempat kotor yang boleh mendatangkan penyakit, tiada guna lah bersenam.

MELETAKKAN SEMULA PERALATAN di tempatnya akan menjadikan kawasan senaman kita lebih selamat dan kemas. Secara tidak langsung mempengaruhi suasana dan psikologi untuk kita bersenam. Marilah kita kekalkan DISIPLIN di mana sahaja tempat kita bersenam.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Puncak Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address

No 07-1 Jalan Eco Grandeur 1/9
Puncak Alam
42300

Opening Hours

Tuesday 08:30 - 11:30
15:00 - 18:00
Wednesday 08:30 - 11:30
15:00 - 18:00
Thursday 08:30 - 11:30
15:00 - 18:00