Wangsa Mahkota Selangor - Pages Rasmi
Wangsa Mahkota Selangor ruang perkongsian maklumat Khazanah Sistem Pemerintahan Institusi Beraja Negeri Selangor Darul Ehsan. NEGERI BERAJA RAKYAT BERSULTAN.
01/02/2025
Sempena 77 tahun (1 Februari 1948) wujudnya Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor Bahagian Pertama yang terbentuk melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang ditandatangani pada 21 Januari 1948.
Maka dikongsikan sebuah buku berjudul "Sultan Hisamuddin ‘Alam Shah al-Haj: The Protector of Malaya’s Sovereignty and the Beacon of Selangor’s Prosperity" dalam versi Inggeris akan bakal diterbitkan dan berada dipasaran tidak berapa lama lagi, ia adalah buku yang dikemaskini daripada buku sebelum ini yang berjudul "Sultan Hisamuddin ‘Alam Shah al-Haj: Payung Kema’amuran Negeri Selangor. Insya-Allah...
Dengan versi yang lebih menarik dan sarat dengan isi kandungan yang kaya dan relevan untuk memupuk pemahaman sejarah, tetapi juga untuk membentuk generasi muda yang berilmu, patriotik, dan berintegrit. Ia juga memaparkan menceritakan perjuangan Sultan Hisamuddin ‘Alam Shah, yang memainkan peranan penting dalam mempertahankan kedaulatan Tanah Melayu dan memajukan negeri Selangor dalam konteks nilai patriotisme dan semangat mempertahankan maruah bangsa.
Gambar adalah penanda buku yang akan disertakan kepada pembeli.
26/01/2025
Hari ini (26/01/2025) pada 86 tahun yang lalu, telah berlangsungnya satu Istiadat penuh gilang gemilang di negeri Selangor sempena "Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan" DYMM Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni al-Marhum Sultan Ala'uddin Suleiman Shah sebagai Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Selangor Darul Ehsan dan segala jajahan takluknya.
Sewaktu Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan ini diadakan, pemain (Orang Kalur) Nobat masih lagi dipinjam daripada negeri Perak. Kemudian daripada itu baru lah pemain Nobat dijadikan pemain Nobat Negeri Selangor secara tetap di era pemerintahan DYMM Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj dengan diberi elaun.
29/09/2024
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
اللَّهُمَّ اغْفِلِ وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّي الْغَابِرِينَ وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ وَأَفْسِحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ وَنَوِّرْ لَهُ فِيهِ
آمِيْن يَارَبَّ الْعَالَمِين
Inna lillahi wainna ilaihi raji'un. Allahummaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fuanha.
Dukacitanya dimaklumkan bahawa Y.M Raja Datin Seri Bismayazan binti Raja Arif Shah @ Ku Manja telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.
al-Marhumah merupakan anakanda kepada Y.M Raja Arif Shah bin Raja Kechil Sulong Harun al-Rashid bersama suri yang bernama Y.A.M Tengku Safiah binti al-Marhum Sultan Ala'uddin Suleiman Shah.
Didoakan agar roh al-Marhumah di cucuri rahmat dan ditempat dikalangan hamba-hambaNya yang soleh dan beriman.
Aamiin. ya rabbal Aamiin.
Al Fatihah
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Address
62300