Malaysian Jump Rope Federation

Malaysian Jump Rope Federation

Share

Malaysia Jump Rope Federation
was founded on 6th June 2003 by Tn. Hj. Syaiful Anwar Bin Hj. Ishak.

Photos from Malaysian Jump Rope Federation's post 29/07/2025

YB yeahhh kami berjaya...

Sejurus YB Hannah Yeoh menyempurnakan penyerahan Jalur Gemilang kepada pasukan Lompat Tali Malaysia pada 23hb Julai 2025 di Dewan Seri Putra, Bukit Jalil sempena Pertandingan Lompat Tali Terbuka Kebangsaan 2025 misi memburu pingat di Kejohanan World Jump Rope Championship 2025 Kawasaki, Jepun bermula. Dengan penuh iltizam 6 orang atlet, seorang ketua Kontigen, 2 orang jurulatih dan seorang pegawai perubatan telah berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan di kejohanan ini.

Hasil daripada perbincangan dan strategi terbaik persekutuan dalam pemilihan atlet dan hasil latihan yang berkala maka Persekutuan Lompat Tali Malaysia berjaya membawa pulang 1 pingat emas, 1 perak dan 2 gangsa di dalam pertandingan yang berprestij ini.

Persekutuan Lompat Tali Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Hannah Yeoh, Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Pegawai-Pegawai Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, Institut Sukan Negara, Majlis Sukan Negara, AJK Persekutuan dan Negeri, guru-guru, atlet dan juga ibubapa yang menyokong sukan lompat tali sejak tahun 2000.

Persekutuan Lompat Tali Malaysia berharap sukan lompat tali akan terus menjadi sukan yang digemari dan disokong oleh semua lapisan masyarakat bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan kanak-kanak, remaja dan belia bermula dari awal usia.

Semoga dengan kemenangan dan kejayaan ini akan membolehkan MYJuRF terus maju dalam melahirkan atlet sukan lompat tali yang bertaraf antarabangsa dan boleh membanggakan Malaysia di mata dunia.

Tahniah Pn Hjh Habibah A.Hamid ( Ketua Kontigen ), Hj Mohamad Ibrahim Badcha ( Ketua Jurulatih ), Diana Awang ( Jurulatih ), Dr Mohd Akil Bin Mohd Khailani ( Pegawai Perubatan), Damia Zara Binti Mohd Faisal ( Atlet ), Ahmed Eimran Ansari Bin Yusmarulnizam ( Atlet ) Muhammad Faizal Bin Mohd Zamri ( Atlet ), Muhammad Izz Zikry Bin Joey Hafis ( Atlet), Lee Jing Yan ( Atlet ) dan Chin Xing Yan ( Atlet )

27/07/2025

Malaysia Jump Rope Team participating in the World Jump Rope Championship 2025 at Kawasaki Japan from 25 July - 1 August 2025.. Good luck guyss..

Photos from Hannah Yeoh's post 27/07/2025

Tkasih YB atas sokongan dan keperihantinan untuk sukan lompat tali. Kami akan terus memperjuangkan sukan lompat tali agar kanak2 remaja dan belia terus cergas dan sihat agar Malaysia terus maju jaya. Tq YB

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Rawang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address

No 61, Jalan SJ1 Taman Setia Jaya
Rawang
48000