Serene Fragrant
Serene Scents, Cherished Moments. S/pickup : Free
First 6km : Free
17/01/2024
Ditch the stale, embrace the cake-dream: Dr. Azri's Air Freshener "Cake" makes every ride an aromatic adventure.
Unlike temporary sprays, 'Cake' by Dr Azri provides a gradual, constant wave of fragrance for hours, ensuring that your car smells like a bakery rather than a forgotten gym bag.
'Cake' isn't just a car freshener, it's a stress reliever. Cake is one of our top selling car air fresheners.
Natural and safe, come have it for only RM9.00.
If you are interested, you can contact us through Whatsapp
https://wa.me/+60193149795 (KIRAH)
17/01/2024
Cara Cerahkan Bibir Gelap Jadi Pink Secara Semulajadi.
1.JANGAN BASAHKAN BIBIR GUNA AIR LIUR
Elakkan basahkan bibir menggunakan air liur kerana ia mempunyai enzim amilase dan maltase. Enzim ini akan jadikan kulit bibir cepat nipis dan terdedah dengan udara yang kering.
2.PAKAI LIPBALM SEBELUM GUNAKAN LIPMATTE/LIPSTICK
Bahan-bahan yang digunakan dalam sesetengah lipstick atau lipmatte boleh menyebabkan bibir kering. Jadi, penggunaan lipbalm sebelum lipstick boleh selamatkan bibir anda dari ‘direct exposed’ kepada bahan-bahan tersebut.
3.SKRUB BIBIR 2 KE 3 KALI SEMINGGU
Fungsi skrub bibir ni sama seperti skrub muka dimana ia membantu membuang sel kulit mati pada bibir. Skrub ini boleh juga dibuat dirumah dengan menggunakan hanya dua bahan. Dua bahan tersebut adalah gula dan madu atau vaseline. Gosok campuran gula dan vaseline dan gosok perlahan pada bibir lalu biarkan selama 5 minit.
4.GUNA BAHAN YANG BOLEH LEMBABKAN BIBIR
Sebelum dapatkan apa-apa produk bibir, pastikan baca bahan-bahan yang digunakan dahulu. Sesetengah produk tidak sesuai dengan kulit bibir yang kering dan sensitif.
5.BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG
Minum air sangat penting untuk biarkan bibir dalam keadaan ‘hydrated’. Selain itu, sapukan ais pada bibir juga sangat membantu untuk kembalikan bibir pink anda tau!
ANDA TERTANYA-TANYA CARA UNTUK MENCERAHKAN BIBIR DENGAN BETUL? KAMI MEMPUNYAI BANYAK INFO MENARIK DAN SAHIH!!
Hubungi kami di facebook https://www.facebook.com/serenefragrant/ ataupun whatsapp
Whatsapp: https://wa.me/+60193149795 (kirah)
17/01/2024
TIPS BERJAYA DALAM TEMUDUGA KERJA
1. Selidik Dan Persediaan.
Sebelum menghadiri temuduga, pastikan anda melakukan selidik mengenai perusahaan tersebut. Anda perlu memahami visi dan misi perusahaan, produk atau perkhidmatan yang dihasilkan, sejarah dan budaya syarikat.
2. Bersiap Dengan Baik.
Pastikan anda bersiap dengan baik sebelum temuduga. Sebelum temuduga, pastikan anda sudah mengetahui alamat perusahaan, tempoh masa perjalanan, dan jenis pakaian yang patut dipakai.
3. Mempersiapkan Soalan Dan Jawapan.
Anda perlu mempersiapkan diri dengan soalan yang mungkin ditanya oleh panel temuduga. Contohnya, kenapa anda berminat dengan jawatan tersebut, kekuatan dan kelemahan anda, serta bagaimana anda akan mengatasi kelemahan anda. Berikan jawapan yang jujur, terperinci dan lengkap.
4. Menunjukkan Sikap Yang Positif.
Walaupun anda mungkin terasa gementar dalam temuduga, cuba tunjukkan sikap yang positif dan percaya diri. Menunjukkan sikap positif dapat memberikan kesan yang baik kepada panel temuduga.
ANDA INGIN TAHU LEBIH LANJUT BERKENAAN TEMUDUGA KERJA?? KAMI MEMPUNYAI BANYAK INFO MENARIK!!
Hubungi kami di facebook https://www.facebook.com/serenefragrant/ ataupun whatsapp
Whatsapp: https://wa.me/+60193149795 (kirah)
17/01/2024
Memperkenalkan aroma yang bersih dan suci, tak lain dan tak bukan iaitu Dr Azri’s Perfume!
Dr Azri’s Perfume diperbuat dengan formula eksklusif untuk memberikan keharuman tahan lama yang memukau. Diperkaya dengan bahan-bahan semula jadi, pewangi ini tidak hanya menyegarkan udara, tetapi juga merungkai kesegaran alam.
Dr Azri’s Perfume terdiri daripada 6 jenis bau yang berbeza iaitu:
1) My Subject
2) My Love
3) Founder’s Fav
4) Dr Azri x His Student
5) Crush
6) The Man
Dapatkan Dr Azri’s perfume yang dicipta secara eksklusif oleh pensyarah UiTM kami dengan harga RM39.90.
Anda boleh hubungi kami melalui Whatsapp
https://wa.me/+60193149795 - KIRAH
17/01/2024
MANFAAT SAYUR TAUGE
Kaya enzim
Berbanding sayur-sayuran lain, taugeh mengandungi 100 kali ganda enzim. Ia sangat penting untuk fungsi tubuh badan terutamanya untuk proses pencernaan. Enzim mampu membantu individu yang mempunyai masalah penghadaman dan perut kembung.
Kaya serat
Dalam pada itu, taugeh juga baik untuk fungsi penghadaman kerana ia mengandungi kandungan serat yang tinggi. Serat ini akan membantu meleraikan lemak dan toksin dalam tubuh badan lalu mengeluarkannya. Ini sekali gus dapat membantu anda mengawal berat badan.
Kaya antioksidan
Taugeh yang kaya antioksidan dan asid amino sebenarnya mampu memberikan pelbagai kebaikan. Antaranya yang penting adalah melawan kanser dan memperbaiki fungsi otak. Dalam masa yang sama, makan taugeh juga sebenarnya adalah amalan awet muda yang sangat bagus untuk diikuti.
Kaya asid lemak
Selain itu, taugeh juga sangat kaya dengan asid lemak. Kebanyakan individu tidak mendapatkan asid lemak omega-3 kerana hanya bergantung kepada makanan laut atau telur sahaja. Oleh itu, tidak salah rasanya jika anda mengambil taugeh sebagai alternatif, bukan?
Anda ingin tahu lebih lanjut tentang kebaikan sayur taugeh dan sayur-sayuran lain?
Hubungi kami di facebook https://www.facebook.com/serenefragrant/ ataupun whatsapp
Whatsapp: https://wa.me/+60193149795 (kirah)
Click here to claim your Sponsored Listing.