Clearz Off

Clearz Off

Share

Shine your life

07/06/2023

CARA MUDAH MENJAGA BARANG KEMAS ANDA😱

Barang kemas mestilah dijaga dengan rapi. Bukan mudah untuk mengekalkan kilauan barang kemas dalam jangka masa yang lama.

Ada sesetengah wanita sangat menitik beratkan penjagaan barang kemas sehingga takut untuk memakainya. Berikut ialah tips untuk selamatkan barang kemas anda🥰

1. Jangan Sembur Pewangi Pada Emas.
◾Minyak wangi boleh memudarkan emas. Elakkan terkena barang kemas semasa menyembur minyak wangi.

2. Simpan Ditempat Khas.
◾Simpan emas didalam kotak khas bagi mengekalkan kualiti dan kilauannya. Elakkan terdedah kepada cahaya matahari dan simpan didalam suhu bilik. Sebaiknya balut emas didalam kain untuk mengelakkan daripada calar.

3. Elakkan terkena peluntur.
◾Elakkan barang kemas terkena peluntur kerana bahan kimia dalam peluntur boleh merosakkan barang kemas. Dalam jangka masa yang panjang boleh memutuskan barang kemas. Ish rugi nye kalau barang kemas terputus.

4. Jangan Pakai Emas Ketika Mandi.
◾Sebaiknya elakkan memakai emas ketika mandi kerana bahan kimia dari sabun dan shampoo boleh memudarkan emas.

5. Kurangkan Mencuci Atau Mengilap Barang Kemas Di Kedai.
◾Sebaiknya lakukan sendiri dirumah atau hantar dikedai sekadar perlu sahaja. Jika kerap mencuci emas dikedai akan mempengaruhi berat kemas kerana permukaannya dikikis sedikit.

6. Berhati – Hati Ketika Mandi Kolam.
◾Jika anda kerap mandi kolam dan melakukan aktiviti air, elakkan memakai emas kerana bahan kimia didalam klorin boleh memudarkan emas. Periksa juga cangkuk barang kemas agar ketat kerana emas boleh tercicir didalam arus deras air.

Penjagaan barang kemas amatlah penting, kerana ia merupakan harta berharga kepada kita. Hilang atau calar sudah pasti membuatkan kita sedih.

Apa-apa mengenai penjagaan barang kemas boleh hubungi kami di Facebook melalui message atau Whatsapp : https://wa.link/i6b8qx

07/06/2023

Sayangilah emas anda! Ini 4 tip elak barang kemas mudah kusam, calar ✅.

KECANGGIHAN teknologi mendorong barang perhiasan yang diperbuat daripada logam emas tampil dengan pelbagai rekaan baharu dan terkini.

Melihat kepada kepelbagaian rekaan barangan kemas yang terdapat di pasaran, HABIB berkongsi empat tips penjagaan barangan kemas yang mudah agar sentiasa kelihatan berkilau.

1) Untuk memastikan barangan kemas tidak tercarik pada pakaian, tanggalkan barangan kemas terlebih dahulu sebelum menanggalkan pakaian.
2) Elakkan sentuhan langsung barangan kemas dengan cecair seperti bahan kimia, wangian, barangan kosmetik dan lain-lain untuk mengekalkan kualiti dan kilauannya.
3) Bagi mengelakkan kesan calar pada barangan kemas, elakkan bersentuhan dengan barangan kemas lain dan tanggalkannya sebelum melakukan aktiviti lasak dan sebelum tidur.
4) Menukarkan barangan kemas lama kepada yang baharu ataupun kepada tunai.

Bersihkan barangan kemas dengan kerap. Tak kisah menggunakan kain atau cecair pencuci sebelum menyimpannya. Supaya barang kemas tahan lebih lama dan tak kusam.

Berminat❓Boleh hubungi di Facebook atau Whatsapp😊 : https://wa.link/i6b8qx

06/06/2023

Psstt psstt, haaa kamulahhh

Mehlahh singgah tengok2 j*p kat page kami. Best tauu kain pengilap ni rugi sangat-sangat tk beli tauuu.

Lap-lap sikit guna kain pengilap, terus berkilat tauuu👍.
Tak percaya? Trylah beli satuu, belum cuba belum tahuu tauuu

Berminat? Boleh hubungi kami ditalian tertera
Whatsapp: https://wa.link/i6b8qx
FB: https://www.fb.com/profile.php?id=100091807880348&mibextid=ZbWKwL

Kami gembira dapat membantu anda😊.

04/06/2023

Cara Cuci Barang Kemas Guna Sunlight, Berkilat Macam Baru!

Wanita pencinta emas tentu nak barang kemas lama jadi berkilat macam baru kan?
Boleh cuba kaedah-kaedah DIY ni, mudah dan jimat sangat. Jimat masa, tak payah susah-susah keluar rumah cari parking, dapat jimat duit minyak kereta dan tak payah nak cari kedai upah cuci.

Ada beberapa cara cuci barang kemas yang boleh dicuba.

✅ Sabun Cuci Pinggan

Bahannya:
Air panas satu gelas
Sedikit pencuci pinggan sunlight atau glo
Barang kemas yang nak dicuci
Cara:
1. Masukkan glo dalam gelas yang berisi air panas.
2. Kemudian masukkan barang kemas dan rendam sejam atau 2 jam.
3. Lepas tu berus-berus manja dengan berus gigi.
4. Siap!

✅ Soda Bikarbonat + Cuka

Selain guna sabun cuci pinggan, anda juga boleh cuci emas menggunakan soda bikarbonat dan cuka.
Caranya:
Campurkan 3 bahagian soda bikarbonat dengan 1 bahagian air.
Kacau hingga menjadi pes.
Sapukan pes pada barang kemas.
Letakkan ke dalam bekas berisi cuka dan rendamkan selama 5 minit.

✅ Air Asam Jawa

Lagi satu petua cuci emas sendiri kita boleh guna air asam jawa.
Caranya rendamkan barang kemas ke dalam air asam jawa selama 6 jam. Kemudian berus dan bilas hingga bersih.

Anda ingin barang kemas lebih terjaga? Barang kemas bersih tanpa perlu pergi kedai? Jangan risau kami ada penyelesaiannya

Berminat❓Boleh hubungi di Facebook atau Whatsapp : https://wa.link/i6b8qx

Want your business to be the top-listed Clothing Store in Segamat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address

UITM Segamat
Segamat