Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope
1st & Pioneer Special Needs School In Malaysia! SOTC Play & Development Sdn. Bhd.
202201008574 (1454271-D)
08/06/2026
Ramai ibu bapa berharap keajaiban akan berlaku, anak akan berubah dengan sendiri seiring pertambahan usia. Tetapi, bagi kanak-kanak yang mengalami Global Developmental Delay (GDD), menunggu bukanlah satu penyelesaian.
GDD ialah keadaan apabila kanak-kanak mengalami kelewatan dalam beberapa aspek perkembangan seperti pertuturan, pembelajaran, motor, sosial dan pengurusan diri berbanding usia sebenar mereka.
Melalui intervensi awal, anak berpeluang membina kemahiran komunikasi, pembelajaran, motor dan sosial dengan lebih baik mengikut keperluan mereka.
Semasa usia awal kanak-kanak, otak mereka sedang berkembang dengan sangat laju. Disebabkan itu, semakin awal sesuatu kelewatan perkembangan dikenal pasti, semakin besar peluang untuk membantu anak mencapai potensi terbaik mereka.Intervensi yang konsisten adalah kunci Utama untuk membantu masalah perkembangan ini.
Jangan tunggu sehingga anak semakin tertinggal.
Dapatkan penilaian awal di SRPK Playvelope supaya sebarang kelewatan perkembangan dapat dikenal pasti dan anak dapat menerima intervensi yang bersesuaian seawal mungkin. Setiap hari yang berlalu adalah peluang untuk membantu perkembangan anak.
πππ πππππππ ππππππ π
ππ πππππππ πππππππππ
π Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope Senawang (SRPKP)
π Contact us for more info : π wa.me/60143434069
AutismAwareness ADHDSchool SchoolEnrollment2026
08/06/2026
Merangkak bukan sekadar fasa sebelum berjalan. Ia membantu membina kekuatan otot, keseimbangan badan, koordinasi serta kemahiran menggunakan kedua-dua belah badan secara serentak yang penting untuk perkembangan anak.
Kemahiran ini juga menjadi asas kepada banyak aktiviti lain apabila anak semakin membesar seperti berjalan, berlari, menulis dan melakukan aktiviti harian dengan lebih baik.
Kelewatan atau kes**aran merangkak juga boleh menjadi salah satu tanda awal Global Developmental Delay (GDD), iaitu keadaan apabila kanak-kanak mengalami kelewatan dalam beberapa aspek perkembangan seperti motor, pertuturan, pembelajaran dan sosial.
Sebab itu, jika anak menunjukkan kelewatan perkembangan, penilaian dan intervensi awal amat penting bagi membantu mereka membina kemahiran yang diperlukan mengikut tahap perkembangan masing-masing.
Dapatkan penilaian awal di SRPK Playvelope supaya sebarang kelewatan perkembangan dapat dikenal pasti dan dibantu seawal mungkin oleh pas**an profesional kami.
πππ πππππππ ππππππ π
ππ πππππππ πππππππππ
π Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope Senawang (SRPKP)
π Contact us for more info : π wa.me/60143434069
AutismAwareness ADHDSchool SchoolEnrollment2026
08/06/2026
Masih ramai ibu bapa yang takut apabila anak disahkan Global Developmental Delay (GDD). Lebih membimbangkan, ramai yang masih percaya kepada mitos tentang keadaan ini.
Mitos 1 : Buat latihan di rumah,tidak perlu terapi
Kalau ibu bapa rajin buat latihan di rumah, terapi profesional tidak diperlukan.Latihan di rumah sangat penting, tetapi bimbingan profesional sering membantu memastikan strategi yang digunakan sesuai dan berkesan.
Mitos 2 : Anak GDD Tak Boleh Belajar
Ramai menyangka anak GDD tidak mampu belajar. Hakikatnya, mereka boleh berkembang mengikut kemampuan masing-masing apabila diberikan sokongan, pendekatan dan intervensi yang sesuai.
Mitos 3 : Tunggu Besar Nanti Dia Akan Pandai Bercakap Sendiri
Tidak semua kelewatan pertuturan akan pulih dengan sendiri. Menunggu terlalu lama boleh menyebabkan anak terlepas peluang untuk menerima bantuan yang diperlukan pada waktu yang paling penting dalam perkembangan mereka.
Jangan biarkan mitos menentukan masa depan anak anda. Semakin awal sesi intervensi diberikan, semakin tinggi peluang untuk membantu anak mereka mencapai potensi yang terbaik.
Jom DM kami tentang bagaimana intervensi boleh membantu perkembangan anak anda sekarang.
πππ πππππππ ππππππ π
ππ πππππππ πππππππππ
π Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope Senawang (SRPKP)
π Contact us for more info : π wa.me/60143434069
AutismAwareness ADHDSchool SchoolEnrollment2026
08/06/2026
Ramai ibu bapa tidak tahu bahawa beberapa komplikasi semasa kehamilan dan kelahiran kadang-kadang boleh berkaitan dengan risiko kelewatan perkembangan anak seperti Global Developmental Delay (GDD).
Antara situasi yang sering dikaitkan dengan risiko perkembangan ialah:
1) Baby songsang
2) Fetal distress
3) Oxygen kurang semasa lahir
4) Tali pusat terbelit
5) Tertelan najis sendiri
6) Komplikasi semasa proses bersalin
Namun, penting untuk difahami bahawa bukan semua bayi yang mengalami situasi ini akan mengalami GDD. Setiap anak mempunyai perkembangan yang berbeza.
GDD ialah keadaan apabila perkembangan anak lebih lambat berbanding usia sebenar mereka, termasuk dari segi pertuturan, perkembangan fizikal & motor, sosial, fokus, pembelajaran dan pengurusan diri.
Sebab itu pemantauan perkembangan anak sejak kecil sangat penting. Jika ibu bapa mula melihat anak lambat bercakap, lambat berjalan, kurang fokus, atau perkembangan nampak tertinggal berbanding usia mereka, jangan tunggu terlalu lama untuk mendapatkan penilaian dan sokongan awal.
Paling penting, berhenti menyalahkan ibu apabila ada perkara yang berlaku di luar kawalan semasa kehamilan atau kelahiran. Apa yang lebih penting sekarang ialah memahami perkembangan anak dan memberikan sokongan yang mereka perlukan seawal mungkin.
Jika anak anda mempunyai tanda-tanda lewat perkembangan, terus DM kami untuk maklumat lanjut tentang bagaimana kami boleh membantu perkembangan anak anda.
πππ πππππππ ππππππ π
ππ πππππππ πππππππππ
π Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope Senawang (SRPKP)
π Contact us for more info : π wa.me/60143434069
AutismAwareness ADHDSchool SchoolEnrollment2026
08/06/2026
Global Developmental Delay (GDD) ialah keadaan apabila perkembangan anak lebih lambat berbanding usia sebenar mereka. Ia bukan hanya melibatkan pertuturan, tetapi juga boleh memberi kesan kepada perkembangan fizikal, motor, sosial, fokus, pembelajaran dan pengurusan diri.
Antara tanda yang ramai ibu bapa selalu terlepas pandang:
1) Anak asyik berjalan tip toe
2) Lambat bercakap
3) Mudah jatuh atau balance badan kurang stabil
4) Susah fokus semasa aktiviti
5) Lebih s**a bermain sendiri
6) Lambat memahami arahan
7) Motor halus dan pergerakan badan kelihatan lemah
Ada ibu bapa ingat ia hanya tabiat atau anak βlambat sikitβ. Tetapi jika beberapa perkembangan anak nampak tertinggal berbanding usia mereka, anak sebenarnya memerlukan sokongan dan penilaian awal.
Semakin awal intervensi dimulakan, semakin besar peluang untuk membantu perkembangan anak mengikut potensi mereka.
Jangan tunggu terlalu lama untuk mendapatkan sokongan awal.
Jom DM kami untuk pertanyaan lanjut mengenai perkembangan anak anda.
πππ πππππππ ππππππ π
ππ πππππππ πππππππππ
π Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope Senawang (SRPKP)
π Contact us for more info : π wa.me/60143434069
AutismAwareness ADHDSchool SchoolEnrollment2026
07/06/2026
βAnak Sindrom Down terpinggir?β
Masih ramai ibu bapa yang risau,takut anak tidak diterima.Paling merisaukan takut anak dibuli di sekolah.
Di SRPK Playvelope, setiap anak diterima dengan penuh kasih sayang.Kami menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat, kondusif, dan memahami keperluan anak-anak Sindrom Down supaya mereka dapat belajar dengan lebih selesa dan yakin.
Selain program akademik dan perkembangan sosial, anak-anak juga didedahkan dengan sesi intervensi yang membantu perkembangan mereka mengikut keperluan masing-masing seperti komunikasi, fokus, sensory, tingkah laku, motor halus, dan kemahiran pengurusan diri.
Di sini, anak-anak bukan sahaja belajar, mereka dibimbing melalui sokongan guru, interventionist, dan sesi intervensi yang konsisten.
Ibu bapa jangan tidak perlu risau lagi. Jom bawa anak anda ke SRPK Playvelope. ruang pembelajaran Klik link di bio kami sekarang untuk pendaftaran.
πππ πππππππ ππππππ π
ππ πππππππ πππππππππ
π Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope Senawang (SRPKP)
π Contact us for more info : π wa.me/60143434069
AutismAwareness ADHDSchool SchoolEnrollment2026
07/06/2026
Ada ibu yang masuk ke bilik scan dengan hati yang tenang, tetapi ada yang keluar dengan air mata . Bila doktor mula bercakap tentang ujian tambahan, bacaan scan, atau risiko Sindrom Down. Dunia seorang ibu seolah-olah jadi sunyi seketika.
Bukan sebab mereka tidak sayang anak itu. Tetapi kerana mereka takut tak mampu jadi ibu yang cukup kuat, risau dengan masa depan anak, pandangan orang sekeliling dan menghadapi sesuatu yang mereka sendiri belum faham.
Tetapi sebenarnya, anak-anak Sindrom Down juga mampu belajar, berkembang dan berdikari.Perjalanan ini mungkin tidak mudah tetapi ibu bapa tidak perlu melaluinya sendiri.
Buat semua ibu bapa yang mempunyai anak Sindrom Down, anda adalah insan terpilih untuk memberikan kasih sayang yang luar biasa kepada anak-anak yang istimewa ini.
Di SRPK Playvelope, kami sentiasa bersama ibu bapa dalam membantu anak-anak berkembang melalui sokongan pembelajaran, intervensi dan persekitaran yang memahami keperluan mereka.
Jika anda ibu bapa yang sedang melalui perjalanan ini, kongsikan pengalaman anda di ruang komen. Mungkin kisah anda mampu memberi kekuatan kepada ibu bapa lain yang sedang berjuang.
πππ πππππππ ππππππ π
ππ πππππππ πππππππππ
π Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope Senawang (SRPKP)
π Contact us for more info : π wa.me/60143434069
AutismAwareness ADHDSchool SchoolEnrollment2026
Siapa kata susah nak ajar anak bercakap? Cuba tengok teknik 15 saat ni!
Rupanya rahsia untuk anak lancar bercakap dan tak gagap bila sebut suku kata panjang adalah dengan melatih kawalan aliran udara mereka. Bila nafas teratur, barulah sebutan jadi lebih jelas!
Dengan mainan Wooden Floating Ball tiup macam ni, anak bukan je seronok, tapi dalam masa yang sama otot mulut dan pernafasan mereka dilatih secara santai. Tak perlu stres, buat 15 saat setiap hari pun dah nampak beza!
Siapa kat sini anak dia pelat atau lambat bercakap? Cuba komen kat bawah, jom kita share tips!
πππ ππππ
πππ πππππππππππ π
ππ πππππππππππ
πLocations: Senawang | Eco Majestic | Sendayan | Damansaraπ
π Contact us for more info:
ππΌ (Kota Damansara) -
wa.me/60189634347
wa.me/60182343454
wa.me/60182343463
ππΌ (Eco Majestic) wa.me/60182534342
ππΌ (Senawang) - wa.me/60187834348
ππΌ (Sendayan) - wa.me/60193434776
06/06/2026
βBomoh boleh tolong anak kau laβ¦β
Bila anak lambat bercakap, susah fokus, atau perkembangan nampak berbeza,ibu bapa memang sanggup cuba apa sahaja demi anak yang mereka sayang.Bila melibatkan perkembangan otak dan stimulasi otak anak, persoalannya bukan sekadar βboleh bantu atau tidakβ.
Tetapi....
Adakah ia selamat?
Ada pemantauan profesional?
Ada standard keselamatan?
Adakah mempunyai kelulusan?
Transcranial Direct Current Stimulation (tDCS) yang digunakan di Playvelope merupakan peranti yang berdaftar dengan Medical Device Authority (MDA) Malaysia dan digunakan secara profesional sebagai sokongan kepada intervensi dan pembelajaran anak.
Kami tidak menjanjikan βkeajaibanβ, tetapi kami memilih pendekatan yang lebih selamat, lebih tersusun, dan mempunyai pemantauan yang jelas.
DM βtDCSβ untuk mengetahui bagaimana sesi dijalankan secara profesional di SRPK Playvelope.
πππ πππππππ ππππππ π
ππ πππππππ πππππππππ
π Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope Senawang (SRPKP)
π Contact us for more info : π wa.me/60143434069
AutismAwareness ADHDSchool SchoolEnrollment2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the practice
Website
Address
Senawang
70450
Opening Hours
| Monday | 07:00 - 18:00 |
| Tuesday | 07:00 - 18:00 |
| Wednesday | 07:00 - 18:00 |
| Thursday | 07:00 - 18:00 |
| Friday | 07:00 - 18:00 |
| Saturday | 08:00 - 13:00 |