Fara LaiQa
Hi, I am Fara LaiQa. Follow saya untuk tips simpan emas dan motivasi untuk wanita.
26/05/2026
Assalamualaikum dan Salam Hari Arafah semua... π
Korang tahu tak? Hari ini, 9 Zulhijjah, adalah hari yang tersangatlah istimewa.
Dalam setahun, inilah hari di mana Allah SWT paling banyak bebaskan hamba-Nya daripada api neraka.
Pintu rahmat dan keampunan dibuka seluas-luasnya! π
Sebab itu, jom kita sama-sama rebut peluang buat amalan ringkas tapi pahala 'lebat' hari ini:
1. Puasa Hari Arafah ποΈ β Bagi yang tak buat haji, jom puasa. Rugi sangat kalau tinggal sebab ganjarannya boleh padam dosa kita setahun yang lepas dan setahun yang akan datang!
2. Banyakkan Berdoa π€² β Hari ini waktu paling mustajab untuk doa kita dikabulkan. Mintalah apa sahaja, nangislah depan Allah, luahkan segala hajat korang. Insya-Allah, Allah dengar.
3. Basahkan Lidah dengan Zikir & Istighfar πΏ β Kurangkan 'scrolling' media sosial yang tak penting, gantikan dengan zikir, tahmid, dan baca Al-Quran.
4. Sentiasa Amal Doa Ini: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan menyukai keampunan, maka maafkanlah aku."
Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita, memaafkan kesilapan lalu, dan memakbulkan setiap doa yang kita titipkan hari ini.
Selamat Hari Arafah 9 Zulhijjah daripada saya.
Jangan lupa selitkan nama keluarga, sahabat, dan saya juga dalam doa korang hari ini ya! π
26/05/2026
Jangan Tunggu Duit Lebih Baru Nak Simpan, Memang Takkan Ada!
Korang pernah tak rasa benda ni?
Gaji baru je masuk minggu lepas, tapi bila check account bank hari ni... tengok-tengok baki tinggal RM120-RM130 je?! π
Kepala terus pusing fikir, "Eh, mana pergi duit aku ni?"
Sebenarnya, kita selalu tersungkur bab kewangan sebab tabiat kita sendiri.
Pantang gaji masuk, otak terus fikir nak:
- Shopping kat Shopee (add to cart terus bayar) π
- Upgrade phone baru (padahal phone lama elok lagi) π±
- Makan stik atau cafe-hopping acah-acah reward diri π₯©
- Sambar kasut raya atau baju baru π
Kononnya, "Nanti hujung bulan ada duit lebih, baru aku simpan."
Tapi realitinya, kalau tunggu duit lebih, memang sampai ke sudah takkan ada!
Duit cash ni sifat dia memang "cair", ada je benda kita nak belanjakan.
Jom Tukar Taktik: Guna Formula 10%
Lepas ni, jom kita ubah perangai.
Bila gaji masuk je, jangan belanja dulu!
Guna konsep Pay Yourself Firstβalihkan!
Siap-siap 10% daripada gaji korang terus masuk ke dalam simpanan emas (contohnya guna GAP - Gold Accumulation Plan).
Kalau gaji korang RM3,260, korang cuma perlu simpan RM326 ringgit je.
Anggap je duit tu tak wujud.
Kenapa kena tukar jadi emas?
1. Duit tak hilang bocor: Sebab kalau simpan dalam akaun bank biasa, tangan tu mesti gatal nak 'transfer' atau guna buat shopping. Bila dah tukar jadi emas, kita sayang nak cairkan!
2. Duit korang bertukar jadi aset: Daripada habis jadi benda yang susut nilai, baik simpan jadi emas fizikal yang nilainya kalis inflasi untuk masa depan.
Ingat tau, hari gaji bukan masa untuk perabis duit, tapi waktu paling ngam untuk bina simpanan.
Simpan emas hari ni, untuk selamatkan masa depan kita jugak.
Jom mula bulan ni!
https://linktr.ee/faralaiqa
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Address
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |