Shamsuddin Kadir

Shamsuddin Kadir

Share

Saya S**a Emas. Nak teknik Membeli Rumah, Kebun, Tanah Lot 20 tahun lebih awal ? Ma

08/06/2025

Bismillah. Nabi Muhammad SAW



Suririmah pun boleh berpendapatan RM 7,000 ramai yang kerja sepenuh masa pun ramai yang todak dapat gaji walaupun RM 3,500 sebulan, kenapa? Jawapannya 👇

Tak Ramai Orang Perasan Dua Ilmu Ini. Tapi Inilah Rahsia Orang Tak Mudah Jatuh Miskin / Lingkup.

Ada orang dari kecil hidup susah, tapi bila dewasa hidupnya berubah.

Ada p**a orang yang dulunya senang, tiba-tiba hidup kais pagi makan pagi.

Apa beza mereka?

Sebenarnya… mereka yang terus bertahan dan bangkit ada dua ilmu ini:

1. Bukan senang nak dapat duit

Mereka tahu susah-payah cari rezeki, jadi mereka jaga, simpan, dan gandakan.

Bukan terus belanja ikut s**a.

2. Bukan susah nak dapat duit

Mereka tak takut cari peluang. Mereka kreatif, belajar, dan berani cuba cara yang betul untuk tambah pendapatan.

Mereka tak tunggu bantuan, sebaliknya mereka cipta jalan.

Siapa yang kuasai dua ilmu ini, insyaAllah s**ar nak lingkup.

Dia tahu jaga harta, dan dia tahu tambah harta.

Ini antara ilmu penting yang perlu disebarkan agar rakyat tidak terus terjerat dalam dunia yang terlebih miskin.

Seorang technician perempuan pencuci penapis Air di rumah yang saya jumpa dalam penerbangan ke Sabah InsyaAllah suatu ketika dahulu, berpendapatan rm 18,000.

Saya perhatikan beliau ada dan kuasai 2 ilmu di atas.

"Berilmu untuk beramal, beramal untuk senang dan tenang InsyaAllah."
Shamsuddin Kadir

04/06/2025

Bismillah.



Tip Kewangan Rakyat:

Jangan mudah terpedaya melabur duit persaraan dalam koperasi – lebih-lebih lagi yang menjanjikan p**angan luar biasa.

Ramai rakyat biasa sudah jadi mangsa. Duit KWSP, duit pampasan, duit pencen – habis dilabur dengan harapan dapat p**angan bulanan. Akhirnya, bukan saja p**angan tak dapat, modal pun lesap.

Ada yang sampai terpaksa kerja semula di usia tua.
Ada yang sampai hilang tempat bergantung.

Berhati-hatilah. Duit persaraan bukan untuk diuji atau digandakan secara gopoh.

Lindungi hasil titik peluh bertahun-tahun.

Fikir panjang sebelum serah duit SEMUA DUIT HARI TUA kepada mana-mana koperasi, skim atau pelaburan yang tak terbukti.

04/06/2025

Bismillah.



BNPL (Buy Now Pay Later) bukan solusi untuk rakyat, tetapi satu bentuk hutang baharu yang memperdaya orang yang kurang celik kewangan.

Ia memperlihatkan seolah-olah memudahkan urusan, namun realitinya menjerat pengguna dengan komitmen kewangan yang tersembunyi.

Dalam jangka pendek, ia kelihatan menarik – beli barang tanpa bayar penuh – tetapi dalam jangka panjang, rakyat menanggung beban hutang yang semakin bertambah tanpa sedar.

BNPL mendorong kepada budaya berbelanja tanpa mengikut kemampuan sebenar.

Ia menggoda pengguna untuk membeli perkara yang bukan keperluan, hanya kerana boleh ditangguhkan bayaran.

Sedangkan, Islam mengajar untuk hidup bersederhana, berbelanja mengikut kemampuan, dan menjauhi hutang melainkan benar-benar perlu.

BNPL juga tidak mendidik rakyat tentang nilai sabar dan merancang kewangan. Ia menggalakkan impulsif (belian terburu)dan lalai dalam mentadbir duit.

Akhirnya, ramai yang terjerat dengan bayaran ansuran yang bertindan, denda kelewatan, dan kesempitan kewangan.

Jika mahu lebih membantu rakyat, bantu mereka dengan pendidikan kewangan, kursus 1-2 hari menanda aras kualiti kerja dan kawalan lambakan barang BUKAN keperluan – bukan dengan membuka lebih banyak pintu hutang.

BNPL bukan untuk rakyat Malaysia

Wallahu a‘lam.

Shamsuddin Kadir
Kewangan Rakyat

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in setapak?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address

Setapak
53300