Mimpi Property
Financial Management & Property Investment
19/08/2021
FREEHOLD vs LEASEHOLD 🤔
Kedua-duanya merupakan jenis pegangan hartanah. Bilakah pentingnya pertimbangan tentang freehold & leasehold ni?
Kedua-duanya perlu dipertimbangkan sebelum kita membeli sesuatu hartanah.
🏠 FREEHOLD
- Bermaksud milikan hartanah yang diberi untuk selama-lamanya
- Tiada had tempoh pemilikan yang dikenakan
- Status freehold akan ditulis di dalam geran pada muka surat pertama
🏠 LEASEHOLD
- Bermaksud milikan hartanah diberi untuk suatu tempoh. Biasanya adalah selama 99 tahun.
- Namun 99 tahun bukanlah mutlak
- Status leasehold ini juga tertera pada geran
Jadi, sekurang-kurangnya kita perlu tahu tentang hartanah yang kita beli untuk mengelakkan penyesalan apabila ada syarat yang mengekang kita di kemudian hari 😎
Nota kaki: Boleh juga PM saya untuk sesi 1on1 jika sahabat berminat nk sembang2 tentang property.
📸: Gila hartanah
02/08/2021
CARA NAK PASTIKAN TAK KENA SCAM BELI HARTANAH YANG SALAH
Amalkan yang No.5 tu confirm selamat.🤓
Hasil sharing webinar semalam, kita dapat belajar beberapa cara untuk elakkan diri daripada terkena scam beli hartanah yang salah! 😎
1️⃣ Location
- Lokasi memainkan peranan yang penting, tetapi harga rumah memainkan peranan yang lagi penting untuk menentukan sama ada kita akan rugi duit atau boleh buat duit dengan hartanah tu.
- Pastikan kita rujuk kepada jenis tier dan harga median rumah untuk pastikan harga rumah yang dibeli adalah berbaloi! 😎
2️⃣ Bad Property
- Tiada istilah hartanah yang teruk, tetapi harga yang salah.
- Tidak bermakna hartanah yang laju dijual itu baik, pastikan kita faham 7 kriteria untuk tentukan nilai sesuatu hartanah 😎
3️⃣ Cashflow
- Untuk permulaan dalam pelaburan hartanah cara mudah dengan mempertimbangkan cashflow.
- Namun sebaiknya adalah mempertimbangkan juga 7 kriteria, positif cashflow dan capital gain.
- Game plan macam ni yang menjadikan pelaburan hartanah kita lebih mantap 😎
4️⃣ Below Market Value
- Ada hartanah yang menawarkan diskaun kepada pembeli.
- Namun, kena betul-betul pastikan harga rumah selepas diskaun adalah di bawah harga median dan mempunyai cashback 😎
-tak guna kalau discount sampai 40%, tapi nett price masih above median.
5️⃣ Guaranteed Rental Return (GRR)
- Jika anda ditawarkan untuk GRR, paling baik adalah kita RFF! Run Far Far! 🏃🏻♂️🏃🏻♂️
- Tiada yang boleh memberi jaminan dalam pelaburan hartanah, pastikan kita khatam 7 kriteria pembelian rumah untuk memastikan tidak discam oleh ejen atau developer 😎
6️⃣ Need Lot Of Money To Make Lot Of Money
- Capital vs cashflow.
- Perlukan modal yang tinggi untuk dapatkan cashflow yang banyak.
- Jika kita ada ilmu untuk beli rumah tanpa modal, kita mampu selamatkan duit simpanan daripada digunakan sebagai modal.
- Pelaburan bermakna kita nak tambah duit simpanan bukan habiskan 😎
7️⃣ Property Always Make Money
- Pada masa ini adalah masa yang terbaik untuk menambah hartanah bukan menjual hartanah(slump market)
- Percaya pada bullrun yang akan berlaku dan lihat kenaikan capital gain hartanah kita 😎
Jadi sahabat, untuk elakkan diri daripada discam dalam hartanah pastikan kita belajar tambah ilmu hartanah.
Semoga bermanfaat kepada semua🙆♂️
Nota kaki: Pagi tadi berpeluang join sharing bersama Tuan HO.betul2 menusuk jiwa dan kalbu.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the business
Telephone
Website
Address
41050