Azli Yusof
Politician
14/06/2026
Kesihatan adalah aset paling berharga yang kita miliki.
Tengah hari semalam saya berpeluang merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2026 anjuran Klinik Kesihatan Seksyen 7 di AEON Mall Shah Alam.
Saya amat gembira melihat penyertaan masyarakat daripada pelbagai peringkat umur yang hadir mendapatkan pemeriksaan kesihatan, khidmat nasihat dan menyertai aktiviti yang disediakan.
Program seperti ini mengingatkan kita bahawa penjagaan kesihatan perlu bermula dengan kesedaran dan tindakan kita sendiri.
Pemeriksaan berkala, pemakanan seimbang dan gaya hidup aktif adalah langkah kecil yang memberi manfaat besar dalam jangka panjang.
Tahniah dan terima kasih kepada semua Panel Klinik Kesihatan Seksyen 7, pihak pengurusan dan kakitangan klinik, AEON Mall, rakan² penaja dan pelbagai pihak yang menjayakan program ini demi komuniti Shah Alam yang lebih sihat dan sejahtera.
Selepas PAS ceraikan BERSATU, sekarang tuntut nak warisi PN pulak... boleh caya ke puak ni ?
11/06/2026
Pagi semalam, saya berpeluang mengikuti program Wacana Aspirasi Minda bertajuk “Antara Impian dan Realiti: Cabaran Kehidupan Generasi Muda Hari Ini” yang diadakan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH), UTM Kuala Lumpur.
Sesi forum menampilkan Datuk Wira Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali dan Dato’ Lokman Noor Adam sebagai panelis, manakala Prof. Madya Dr. Mazlan Ali bertindak sebagai moderator.
Banyak perkara yang dibincangkan. Daripada isu kos sara hidup yang semakin mencabar, persaingan dalam dunia pekerjaan, hinggalah tekanan media sosial yang sering membuatkan kita membandingkan diri dengan orang lain.
Menariknya, para panel bukan sekadar berkongsi pandangan, tetapi turut mengajak peserta melihat cabaran ini dari sudut yang lebih matang.
Dalam dunia yang penuh dengan maklumat dan pengaruh media sosial, kita bukan sahaja perlu bijak mengejar impian, tetapi juga bijak membuat keputusan dan menentukan hala tuju hidup.
Kejayaan tidak semestinya diukur melalui kemewahan atau populariti. Sebaliknya, nilai diri, integriti, kesejahteraan mental dan kemampuan untuk memberi manfaat kepada orang lain juga merupakan ukuran kejayaan yang penting.
Program seperti ini memberi ruang kepada mahasiswa untuk berfikir dengan lebih kritikal tentang masa depan, memahami realiti semasa dan pada masa yang sama terus berusaha mengejar cita-cita tanpa kehilangan nilai dan jati diri.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Shah Alam
40100
Opening Hours
| Monday | 10:00 - 18:00 |
| Tuesday | 10:00 - 18:00 |
| Wednesday | 10:00 - 18:00 |
| Thursday | 10:00 - 18:00 |
| Friday | 10:00 - 18:00 |