Professional Development Unit, SLCP UUM
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Professional Development Unit, SLCP UUM, College & University, School of Languages. Civilisation and Philosophy, Sintok.
23/10/2025
15/04/2025
PDU, SLCP telah menganjurkan Bengkel Penerbitan, Perlindungan Harta Intelek (IP) dan Pengkomersialan Modul English Preparatory Course (EPC) dan English Placement Test (EPT) pada 15 April 2025 bertempat di EDC, UUM.
Matlamat utama bengkel ini adalah untuk memperkukuh persediaan penawaran kursus EPC dan EPT pada semester akan datang.
Bengkel ini diadakan dengan kerjasama UUM Press dan ICC, dan telah membincangkan pelbagai maklumat penting berkaitan pembangunan modul, strategi komersial, perlindungan hak cipta, prosedur pendaftaran serta aspek teknikal lain.
13/04/2025
PERBINCANGAN PENGKOMERSIALAN PROGRAM EPC DAN EPT DI THAILAND BERSAMA PASUKAN SLCP DAN ICC
13 April 2025 (Ahad) – Satu sesi perbincangan berkenaan pengkomersialan Program English Preparatory Course (EPC) dan English Placement Test (EPT) telah diadakan pada jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Baiduri, SLCP.
Mesyuarat yang melibatkan pihak SLCP dan ICC ini berlangsung dalam suasana yang konstruktif dan membuahkan hasil yang positif. Antara pencapaian utama dalam perbincangan ini ialah pemuktamadan berkenaan hak harta intelek (IP) serta pelesenan (licensing) bagi Program EPC dan EPT untuk ditawarkan di pasaran Thailand.
Perkembangan ini merupakan satu langkah penting ke hadapan dalam usaha memperluas capaian program-program berkualiti keluaran universiti ke peringkat serantau, khususnya di negara jiran Thailand. Ia juga selari dengan visi universiti untuk memperkukuh kedudukan sebagai peneraju dalam bidang latihan dan penilaian bahasa Inggeris di rantau ASEAN.
24/11/2024
CHINESE PROFICIENCY TEST (HSK) LEVEL 1
16 November 2024 - Unit Pembangunan Profesional (PDU), Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP) telah menganjurkan Chinese Proficiency Test (HSK) Level 1 dengan penglibatan seramai 100 calon yang terdiri daripada pelajar Universiti Utara Malaysia.
Peperiksaan ini merupakan satu peperiksaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk mengukur tahap kemahiran Bahasa Mandarin.
Berikutan sambutan yang menggalakkan daripada pelajar, PDU bercadang untuk menawarkan peperiksaan HSK ini pada setiap semester.
Peperiksaan ini adalah hasil kerjasama Unit Pembangunan Profesional bersama Institut Kong Zi, Universiti Malaya
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Website
Address
Sintok
06010
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 15:30 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |