Aiman Ridhwan

Aiman Ridhwan

Share

Bermujahadahlah dalam mempelajari Al Quran dan ilmu apa yang kita ceburi! InsyaAllah akan ada hasil..

21/04/2026

Petua Sora Melangit kena makan Cabai! HAHAHAHAHAHAH, wanna try? ðŸĪŠ

21/05/2025

𝐌𝐚ðĨ𝐚ðē𝐎ðĒ𝐚 𝐌𝐞ðĨ𝐚𝐧𝐠ðĪðšðĄ 𝐊𝐞 𝐏𝐞𝐧𝐭𝐚𝐎 𝐀𝐧𝐭𝐚ðŦ𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠𝐎𝐚

Alhamdulillah, Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 1446H/2025M yang berlangsung di Kangar, Perlis telah pun melabuhkan tirainya pada malam tadi.

Tahniah saya ucapkan kepada dua permata ummah yang telah dinobatkan sebagai Johan Qari dan Qariah pada tahun ini iaitu saudara Aiman Ridhwan bin Mohamad Ramlan dari Negeri Perak, dan juga saudari Wan Sofea Aini binti Wan Mohd Zahidi dari Negeri Terengganu.

Insya-Allah, kedua-dua mereka akan menggalas amanah besar mewakili Malaysia di pentas antarabangsa kelak.

Malaysia pernah melakar kejayaan membanggakan di pentas antarabangsa dalam bidang tilawah dan hafazan, dan saya percaya dengan bimbingan, doa serta usaha berterusan, insya-Allah kita mampu mengulangi pencapaian tersebut.

Semoga kejayaan mereka ini menjadi pendorong kepada lebih ramai anak muda Malaysia untuk mendalami dan mencintai al-Quran, bukan sahaja sebagai bacaan, tetapi juga sebagai panduan hidup.

Marilah bersama kita membina sebuah generasi yang berjiwa al-Quran, berakhlak mulia dan menjadi rahmat kepada negara serta umat.

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Taiping?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address

Taiping