Perak Kini

Perak Kini

Share

Disclaimer : page ini dikawal selia secara persendirian, tidak terikat dengan mana-mana agensi.

22/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin✨

Kredit : Ping Hao Lu

16/03/2026

📍KUALA KANGSAR, PERAK.. meriahh bebeno pesta panjut semalam.. Malam raya pesta meriam KG TALANG pulak..

15/03/2026

Nak senang faham cuti tambahan raya ni macam ni..

Kalau JUMAAT raya
20/3/26 Jumaat - Raya Pertama
21/3/26 Sabtu - Raya Kedua
22/3/26 Ahad - Cuti Biasa Ahad
23/3/26 Isnin - Cuti Khas Tambahan

Kalau SABTU raya
20/3/26 Jumaat - Cuti Khas Tambahan
21/3/26 Sabtu - Raya Pertama
22/3/26 Ahad - Raya Kedua
23/3/26 Isnin - Cuti Forward sebab Ahad cuti umum

So cuti umum automatik jadi 4 hari..
Kot-kot mana pun, jumaat dan Isnin tetap cuti. Khamis lepas balik kerja terus boleh gerak balik kampung. Ambil PM Off jika Perlu asalkan kepentingan perkhidmatan tak terjejas.

Tahniah semua..antara cuti raya yang paling panjang setakat ni.

Kredit: Mohd Arizan

Photos from Perak Kini's post 15/03/2026

📍Sunway Ipoh Mall

Projek pusat beli-belah terbesar Sunway di Perak capai 40 peratus siap

IPOH: Pembangunan pusat beli-belah Sunway Property berhampiran Lost World of Tambun dijangka siap menjelang penghujung 2027 dengan kemajuan pembinaan kini kira-kira 40 peratus, menurut Pengurus Kanan Pengurusan Projeknya, Lau Jia Jian.

Lau berkata, pusat beli-belah yang bakal menjadi terbesar di Perak itu melibatkan jumlah kos pembangunan melebihi AS$222.3 juta (RM1 bilion).

Menurut beliau, projek itu akan menawarkan lebih sejuta kaki persegi kawasan boleh disewa bersih (NLA) merangkumi empat tingkat runcit serta direka bentuk bagi menyesuaikan diri dengan landskap semula jadi Tambun.

Lebih 2,800 petak parkir turut disediakan.

Antara tarikan yang telah disahkan di pusat beli-belah itu ialah gelanggang luncur ais pertama di negeri ini, pusat pameran, pusat boling 36 lorong, kemudahan sukan pelbagai guna, taman gourmet serta pawagam lapan dewan dengan kapasiti tempat duduk kira-kira 1,500 orang.

Tambah beliau, pembangunan itu akan menjadi sebahagian daripada ekosistem bersepadu lebih besar yang menghubungkan pusat beli-belah berkenaan dengan Lost World of Tambun, Sunway Medical Centre serta sebuah hotel yang dirancang dibina di atas pusat beli-belah itu.

Terdapat juga sambungan terus ke pembangunan sekitar, termasuk hubungan ke Lost World of Tambun dan Sunway Medical Centre apabila siap kelak.

“Kami sedang memuktamadkan beberapa aspek projek bagi memastikan keseluruhan ekosistem dapat berfungsi dengan baik, termasuk aliran pengunjung dan kapasiti parkir,” katanya sambil menambah bahawa butiran lanjut mengenai struktur, penyewa dan konsep pusat beli-belah itu akan diumumkan dalam satu acara khas sebaik sahaja perancangan dimuktamadkan.

Turut hadir pada majlis berbuka puasa di Sunway Hotel Lost World of Tambun ialah Pengurus Besar Kanan Sunway Theme Parks, Nurul Nuzairi, serta tetamu jemputan lain.

Oleh Rosli Mansor Ahmad Razali

Want your business to be the top-listed Media Company in Taiping?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address

Taman Tasik, Taiping, Perak, Malaysia
Taiping
34000