PKCH Pahang

PKCH Pahang

Share

LAMAN FACEBOOK RASMI PERBADANAN KEMAJUAN CAMERON HIGHLANDS

Photos from PKCH Pahang's post 10/06/2026

๐—ž๐——๐—ฃ๐—• ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—ก๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—Ÿ๐—ž๐—”๐—ก ๐—–๐—”๐— ๐—˜๐—ฅ๐—ข๐—ก ๐—›๐—œ๐—š๐—›๐—Ÿ๐—”๐—ก๐——๐—ฆ

CAMERON HIGHLANDS, 9 Jun 2026 - Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berangkat pulang meninggalkan daerah Cameron Highlands hari ini setelah menyempurnakan beberapa program serta lawatan rasmi sepanjang keberangkatan Baginda di daerah ini.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Paduka Baginda di Kelab Golf Sultan Ahmad Shah diiringi Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tuan Kamarul Iskandar Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands, Datoโ€™ Zaman Azam Mohamat Sarif @ Ahmat, Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Tuan Azri Ramli serta Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands, Tuan Rudyfasla bin Hj. Mujid.

Keberangkatan Baginda mencerminkan keprihatinan dan sokongan berterusan institusi diraja terhadap pembangunan serta kebajikan rakyat di Cameron Highlands. Rakyat dan kepimpinan setempat turut merafak sembah menjunjung kasih atas kesudian Kebawah Duli Paduka Baginda berangkat ke daerah ini.

Photos from PKCH Pahang's post 10/06/2026

๐Š๐ƒ๐๐ ๐’๐”๐‹๐“๐€๐ ๐๐€๐‡๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐Š๐„๐๐€๐ ๐๐„๐‘๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Œ๐„๐‹๐€๐–๐€๐“ ๐’๐‘๐€๐ˆ๐ ๐‚๐€๐Œ๐„๐‘๐Ž๐ ๐‡๐ˆ๐†๐‡๐‹๐€๐๐ƒ๐’

CAMERON HIGHLANDS, 9 Jun 2026 โ€“ Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat melawat Sekolah Rendah Agama Islam Negeri Pahang (SRAIN) Cameron Highlands di Golden Hills hari ini.

Keberangkatan Paduka Baginda pada pukul 10 pagi disambut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB Datoโ€™ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, YH Datoโ€™ Haji Ahmad Khirrizal Haji Ab. Rahman, Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tuan Kamarul Iskandar Nordin serta Ketua Pegawai Eksekutif PKCH, Dato' Zaman Azam Mohamat Sarif @ Ahmat.

Baginda turut berkenan mendengar taklimat mengenai SRAIN Cameron Highlands yang kini beroperasi di bangunan sementara dengan 14 murid Tahun Satu dan tujuh guru. Pada majlis sama, Paduka Baginda menyempurnakan pelancaran lencana sekolah serta menyaksikan penyerahan cek cura daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Bank Rakyat dan GNIUS.

Photos from PKCH Pahang's post 08/06/2026

๐—ž๐——๐—ฃ๐—• ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ๐—ก๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—”๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐——๐—œ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—š๐—ข๐—Ÿ๐—™ ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—จ๐—ฅ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—จ๐—ž๐—” ๐—–๐—”๐— ๐—˜๐—ฅ๐—ข๐—ก ๐—›๐—œ๐—š๐—›๐—Ÿ๐—”๐—ก๐——๐—ฆ ๐—ž๐—˜-๐Ÿฎ๐Ÿณ

CAMERON HIGHLANDS, 8 Jun 2026 โ€“ Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli menyempurnakan Majlis Pengurniaan Hadiah Kejohanan Golf Amatur Terbuka Cameron Highlands Ke-27 Tahun 2026 yang berlangsung di Kelab Golf Sultan Ahmad Shah (KGSAS), hari ini.

Dalam majlis tersebut, Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan hadiah kepada para pemenang sebagai tanda penghargaan atas pencapaian dan semangat kesukanan yang dipamerkan sepanjang kejohanan berlangsung.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Pahang, YB Datoโ€™ Nazri Abu Bakar; Ahli Parlimen Cameron Highlands, YB Datoโ€™ Dr. Ramli Datoโ€™ Mohd Noor; Presiden Kelab Golf Sultan Ahmad Shah merangkap Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tuan Kamarul Iskandar Nordin serta Ketua Pegawai Eksekutif PKCH, Datoโ€™ Zaman Azam bin Mohamat Sarif @ Ahmat.

Kejohanan Golf Amatur Terbuka Cameron Highlands yang dianjurkan secara dwitahunan ini terus mengukuhkan reputasinya sebagai antara kejohanan golf amatur paling berprestij di negeri Pahang dan pada tahun ini memasuki edisi penganjuran kali ke-27.

30/05/2026

PEMAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI KAUNTER

Dimaklumkan bahawa operasi kaunter Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands (PKCH) akan ditutup pada 2 Jun 2026 (Selasa) sempena Cuti Gantian Hari Wesak.

Operasi kaunter akan dibuka semula seperti biasa pada 3 Jun 2026 (Rabu).

Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Tanah Rata?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address

Tanah Rata
Tanah Rata
39000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00