One Publication

One Publication

Share

003745940-A

Penerbitan Novel • E-books • Dropship •

One Publication—We stand as ONE

21/06/2026

*MR. DUDA CRIMINAL | BELLA HASTEL*

*[BLURB]*

Lathif Luth pernah memiliki kehidupan yang sempurna. Sehinggalah pada malam ulang tahun perkahwinannya, isterinya ditemui mati dan dia dituduh sebagai pembunuh.

Bertahun-tahun dipenjarakan atas kesalahan yang tidak pernah dilakukannya membuatkan hidup Lathif musnah. Apabila dibebaskan, dia bukan saja kehilangan isteri, malah kehilangan kepercayaan masyarakat terhadap dirinya.

Tiada siapa mahu mengambilnya bekerja kecuali sebuah syarikat pembinaan yang memberinya peluang sebagai buruh kasar.
Di situlah dia bertemu dengan Nur Ameera Syahira.

Penyelia tapak yang cantik, tegas tapi terlalu s**a mengambil tahu hal orang.

"Awak kenapa degil sangat ni? Awak tak tahu ke saya ni siapa? Semua orang kata saya ni pembunuh tau tak?" - Lathif Luth

"Saya tak minatlah nak dengar cakap orang. Saya ni lebih s**a tengok sendiri daripada nak nilai awak dari mulut orang." - Nur Ameera Syahira

Lathif cuba menjauhkan diri. Baginya, cinta sudah lama terkubur bersama arwah isterinya. Namun Ameera bukan jenis yang mudah mengalah.

Ketika hubungan mereka semakin rapat, mereka mula menyiasat semula kes kematian isterinya. Sedikit demi sedikit, rahsia yang selama ini tersembunyi mula terbongkar. Dan apa yang mereka temui jauh lebih mengejutkan daripada yang disangka.

Mampukah Lathif membersihkan namanya dan mendapatkan keadilan untuk isterinya?

Dan selepas semua yang berlaku, masih adakah ruang di hatinya untuk menerima cinta yang baru?

_MR. DUDA CRIMINAL_ Dia pernah kehilangan segalanya. Kini dia cuma mahukan kebenaran... dan mungkin, peluang kedua untuk bahagia.

🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻

*ACCIDENTALLY MRS. DUDA | SADGURLLY*

*[BLURB]*

Tessabelle tidak pernah menyangka perkahwinan yang bermula tanpa cinta akan mengubah seluruh hidupnya.

“Kau jangan nak berlakon. Depan nenek aku kau boleh buat apa je kau nak…" - Tengku Zadkiel Kashden
“Tengku tak nak percaya dengan saya… itu terserah Tengku. Tapi saya tak akan buat benda memalukan maruah saya sendiri." - Tessabelle Liyza

Menjadi isteri kepada Tengku Zadkiel Kashden bukanlah sesuatu yang mudah. Lelaki itu seorang yang bekerjaya. Lebih rumit apabila Tessabelle turut perlu berdepan dengan Ballerie, anak kecil yang langsung tidak mahu menerima kehadirannya dalam keluarga mereka.

“Tak! Makcik tak sedar diri… nak kahwin dengan papa sebab nak rampas harta papa!” - Tengku Ballerie Leora
“Astaghfirullahalazim… siapa yang ajar Belly cakap macam tu?” - Tengku Zadkiel Kashden

Setiap hari adalah satu perjuangan.

Namun di sebalik segala salah faham, perlahan-lahan Tengku Zadkiel mula melihat sisi sebenar isterinya. Lelaki yang kelihatan keras itu sebenarnya menyimpan kasih sayang yang tidak pernah diluahkan dengan kata-kata.

“Kiel kena ingat… Tessa tu tanggungjawab Kiel sekarang.” - Tengku Emery Ada
“Kiel ingat.” - Tengku Zadkiel Kashden

Mampukah Tessabelle mempertahankan rumah tangga yang baru dibina? Dan mampukah Ballerie menerima bahawa kasih sayang seorang ibu tidak semestinya lahir daripada darah yang sama?

Want your business to be the top-listed Media Company in Tapah?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Tapah