Aerna Collection

Aerna Collection

Share

Ingin Beli DASTER Murah Dengan Harga Borong Boleh Whatsapp Di www. wasap.my/60169985246

01/06/2026

Nasib Baik Ada SuperMan Datang 🤭

01/06/2026

CUBA BAYANGKAN MAK KITA KENA TUMBUK??

Driver India Bully Tumbuk Perempuan Melayu.

Ada Siapa Kenal Mamat India Kurang Ajar Ni.
Dia Saga Lama Kiri Tu Kereta Dia,Dia Yang Salah Masuk.
Pastu Dia Boleh Tumbuk Muka Perempuan Yang Drive Saga Baru Tu.

01/06/2026

Sayu betul hati tengok kelibat kak Jaslinda yang berjaya dirakam oleh kamera pengawasan hidupan liar milik Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Semoga Allah SWT melindungi kak Jaslinda walau di mana akak berada.

Saya tak kenal akak, ramai yang tak kenal akak, tapi hari ni seluruh pelusuk negara mendoakan kesejahteraan dan keselamatan akak.

Semoga keberadaan akak segera dijumpai dan dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat.

Aamiin Ya Rabbal Alamin 🤲🏻

31/05/2026

500 TEKAN TUBI: TRAGEDI NUR AINA NABIHAH TERKORBAN DI TANGAN BAPA SENDIRI.

“Abah, jangan pukul lagi...”

Itulah antara ungkapan yg menggambarkan penderitaan seorang kanak² perempuan berusia 9 tahun, Nur Aina Nabihah, yg dikatakan menjadi mangsa penderaan di rumah sendiri sehingga meragut nyawanya. Mangsa berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan dan tinggal bersama bapa kandungnya yg merupakan bekas anggota tentera.

Kejadian ini dipercayai berpunca daripada hukuman yg dikenakan terhadap mangsa kerana didakwa melakukan kesalahan ketika mengaji Al-Quran serta tidak menunaikan solat.

Pada malam 31 Januari 2018, mangsa dikatakan telah dipaksa melakukan latihan fizikal yg berat seperti tekan tubi, bangkit tubi dan ketuk ketampi, sehingga mencecah kira² 500 kali ulangan.

Dalam keadaan tubuh kecil yang tidak mampu menampung beban tersebut, Aina akhirnya rebah kerana terlalu letih.

Namun penderitaannya tidak terhenti di situ apabila suspek didakwa bertindak lebih kejam dengan memukul, menyepak dan memijak tubuh mangsa berulang kali sehingga dia tidak sedarkan diri.

Akibat serangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan dalaman yg sangat parah termasuk hati koyak, pankreas putus, beberapa tulang rusuk patah serta usus yang rosak teruk.

Dalam keadaan kritikal, mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, namun akhirnya disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yg dialaminya.

Kes ini kemudian dibawa ke muka pengadilan dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Suspek dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, dan pada Jun 2025, Mahkamah Rayuan dilaporkan mengekalkan hukuman tersebut secara sebulat suara selepas proses rayuan.

Tragedi ini meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat Malaysia yg sukar menerima hakikat bagaimana seorang kanak² yang sepatutnya membesar dengan kasih sayang akhirnya menjadi mangsa kekejaman dalam keluarga sendiri.

Kisah Nur Aina Nabihah terus diingati sebagai simbol penderitaan kanak² yg kehilangan perlindungan paling asas.

Al-Fatihah buat Nur Aina Nabihah.

Sumber:amr_zhn01

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Tawau?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address

Jalan Pasar
Tawau
UTCTAWAU

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00