Ahmad
TSP Community Committee Members
27/02/2026
Walaupun projek naik taraf longkang belum dilaksanakan, kami telah memohon kerja penyelenggaraan setiap 3 bulan.
Posting lepas
https://www.facebook.com/share/p/1FfrhV1B2N/?mibextid=wwXIfr
Kita tidak boleh sekadar menunggu, sebaliknya perlu bertindak bagi mengurangkan risiko banjir sementara menunggu penyelesaian menyeluruh.
27/02/2026
Semalam telah diadakan lawatan tapak (site visit) oleh pihak KADA HQ, diiringi pegawai KADA Tumpat. Membincangkan isu utama iaitu masalah discharge air longkang dan banjir kilat dalam kawasan perumahan.
Untuk makluman semua, ini merupakan site visit kali ke-4 berkaitan isu longkang yang telah lama diusahakan oleh pihak komuniti bersama agensi terlibat.
Posting lepas
https://www.facebook.com/share/p/1AmWwexycr/?mibextid=wwXIfr
Alhamdulillah, dalam lawatan kali ini satu persetujuan telah dicapai di mana pihak KADA membenarkan longkang baharu yang bakal dibina nanti untuk disambungkan ke saliran “Discharge Kelaboran” (DK).
Ini boleh dianggap sebagai satu kejayaan kerana sebelum ini isu ini melibatkan banyak jabatan dan masih belum mendapat kata putus. Dengan persetujuan ini, proses seterusnya bersama JKR dan Majlis Daerah akan dipercepatkan.
Terima kasih kepada semua penduduk atas sokongan dan kesabaran. Semoga usaha ini memberi manfaat besar dalam mengurangkan risiko banjir disini
27/02/2026
Alhamdulillah, kerja penutupan lubang AKSB telah siap dilaksanakan dengan kemas.
Saya panjangkan isu ini kerana lokasi tersebut gelap dan berisiko tinggi kepada keselamatan orang awam, khususnya kanak-kanak serta pengguna jalan raya pada waktu malam.
Posting lepas
https://www.facebook.com/share/p/17gMPpou89/?mibextid=wwXIfr
Terima kasih kepada pihak Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) atas tindakan pantas dan kerjasama yang diberikan. Semoga usaha ini dapat mengurangkan risiko kemalangan dan meningkatkan keselamatan awam.