Mahir ASB
Pelajari Tips dan Kaedah anda untuk mencapai objektif simpanan anda dengan cepat.
Gandakan simpanan anda melalui asb financing
*Berapa Dividen Yang Saya Dapat Untuk Tahun 2020?*
Alhamdulillah. Dividen tahun 2020 dah diumumkan sebanyak 4.25% + Ehsan 0.75% (Untuk 30,000 unit pertama). Tahniah PNB kerana masih berjaya memberikan p**angan yang agak baik dalam situasi dunia yang sedang menghadapi masalah Covid-19. Diharapkan p**angan pada tahun hadapan lebih baik dengan penemuan vaksin bagi membendung wabak Covid-19.
_*Ehsan: Hanya dikira untuk 30,000 unit pertama sahaja walaupun kita ada simpanan lebih daripada 30,000.*_
Mesti ramai yang tak sabar nak tahu berapa yang kita dapat. Dividen ASB dikira mengikut formula baki terendah bulanan. Jika kita buat ASBF, sijil ASBF harus berada dalam akaun ASB bermula dari 1 hari bulan setiap bulan sehingga hujung bulan untuk melayakkan dividen dikira bagi bulan tersebut. Harus cukup selama 1 bulan.
Contohnya jika sijil ASBF masuk pada 5 hb Januari, dividen untuk bulan Januari tidak akan dikira kerana tidak cukup tempoh satu bulan. Pengiraan dividen bermula pada bulan Februari.
Untuk memudahkan pemahaman, jom kita tengok contoh pengiraan;
*Contoh 1*
Sijil ASB bermula sebelum Januari 2020. Maka untuk tahun 2020, dapat dividen penuh.
▪️Dividen: 4.25% x 200,000 = RM8,500
▪️Ehsan: 0.75% x 30,000 = RM225
▪️Total: RM8,725
*Contoh 2*
Sijil ASB disburse pada 10/1/2020. Bayaran bermula pada bulan Februari. Maka dividen dikira bermula bulan 2 sehingga 12. Jadi akan dapat dividen untuk 11 bulan.
▪️Dividen: 11/12 x 4.25% x 200,000 = RM7,791.67
▪️Ehsan: 11/12 x 0.75% x 30,000 = RM206.25
▪️Total: RM7,997.92
*Contoh 3*
Sijil ASB disburse pada 10/7/2020. Bayaran bermula pada bulan Ogos. Maka dividen dikira bermula bulan 8 sehingga 12. Jadi akan dapat dividen untuk 5 bulan.
▪️Dividen: 5/12 x 4.25% x 200,000 = RM3,541.67
▪️Ehsan: 5/12 x 0.75% x 30,000 = RM93.75
▪️Total: RM3,635.42
*Contoh 4*
Sijil ASB disburse pada 10/12/2020. Bayaran bermula pada bulan Januari 2021. Maka dividen untuk tahun 2020 tidak dikira.
Jika kita ada simpanan cash dalam ASB, dapat dividen lebih lagi lah. Yang cash tu susah sikit nak kira sebab kena tengok transaksi yang lebih terperinci. Tunggu je lah 1/1/2021 nanti. Tak payah fenin-fenin nak kira. Jumlah yang ASNB bagi tu tepat.
Bagi yang buat ASBF, tuan-puan boleh la buat anggaran kira-kira sendiri based on jumlah sijil ASBF tuan-puan. Rujuk je contoh di atas. *Jangan pm saya mintak tolong kirakan. Tak sempat saya nak kira satu persatu.*
Bagi yang approved sebelum 1/4/2020, tuan-puan dapat moratorium selama 6 bulan. Jadi ibarat "free" dividen lah untuk 6 bulan yang tak bayar tu. Tapi jangan lupa, interest tetap berjalan untuk tempoh 6 bulan tu. So anggap je lah dividen extra 6 bulan tu sebagai advance. Kita dapat dulu dividen, bayar interest kemudian. At least dapat membantu ketika sesak.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Address
68000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 15:00 |