Pautan
Persatuan Alumni Universiti Malaya Mahasiswa Pahang
PEMBAHARUAN YURAN KEAHLIAN
YBhg. Dato’/ Dr./Tuan/Puan,
PERKARA : YURAN TAHUNAN AHLI PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI MALAYA
MAHASISWA PAHANG (PAUTAN) SEHINGGA 25 JANUARI TAHUN 2026
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan merujuk kepada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-3 Bagi Sesi 2024-2026 dan Majlis Tertinggi PAUTAN (MT) telah memutuskan untuk semua ahli dapat menjelaskan YURAN TAHUNAN setiap tahun sebanyak RM20.00 dan RM30.00 YURAN KEAHLIAN (hanya bagi ahli baru dan hanya sekali bayaran).Yuran tersebut boleh dimasukkan terus ke Akaun Persatuan Alumni Universiti Malaya Mahasiswa Pahang, Nombor Akaun Bank Rakyat: 1102451673, bukti bayaran boleh dihantar kepada Bendahari Zaini Bin Abd. Aziz (019-2723970) atau Setiausaha Nur’ Afini Bin Zakaria (014-5062940).
3. Sehubungan itu, YBhg. Dato’/ Dr./Tuan/Puan harap dapat menjelaskan yuran tahunan dan yang telah tertunggak melebihi dua (2) tahun sebelum mesyuarat agung yang akan datang bagi mengelakkan keahlian terbatal. Menurut Fasal 6, Perkara 2 – Yuran (C) Ahli yang gagal membayar yuran dua (2) tahun berturut-turut hilang hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.
4. Pihak kami mohon maaf jika berlaku kekhilafan tentang perkara ini dan segala kerjasama serta perhatian daripada pihak YBhg. Dato’/ Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini didahului dengan
ucapan terima kasih. Sekian.
Zaini Bin Abd. Aziz
Bendahari PAUTAN
20/09/2025
19.9.2025 - OPKIM diteruskan dengan sesi Motivasi Pelajar yang telah diadakan pada selepas makan malam di Tekoma Resort, Taman Negara.
06/09/2025
Click here to claim your Sponsored Listing.