Izham Hashim
EXCO Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor
Ahli Dewan Negeri Pandan Indah
Pengerusi AMANAH Negeri Selangor
16/06/2026
MEMPERKASA SEKTOR PERTANIAN NEGERI SELANGOR: KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JABATAN PERTANIAN MALAYSIA
Hari ini, saya berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia (DOA).
Pertemuan ini merupakan langkah strategik dalam memperkukuh kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi merancakkan lagi agenda pertanian di Selangor. Fokus utama perbincangan kami adalah sesi taklimat berkenaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Varieti Baharu Tumbuhan.
Inisiatif ini amat penting dalam usaha kita memacu sektor pertanian moden. Dengan adanya perundangan yang melindungi varieti tumbuhan baharu, ia bukan sahaja menggalakkan inovasi dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) benih, malah memberi jaminan serta perlindungan kepada peladang dan pengusaha tempatan yang kreatif dalam menghasilkan varieti tanaman berkualiti tinggi.
Pertemuan ini berlangsung dalam suasana yang penuh harmoni dan semangat kerjasama. Kami komited untuk terus menyokong polisi yang mampu mengangkat martabat para petani serta meningkatkan sekuriti makanan bagi menjamin kesejahteraan rakyat Selangor.
Semoga kolaborasi ini menjadi titik tolak kepada lebih banyak kemajuan dalam ekosistem pertanian negeri kita.
11/06/2026
𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀𝐇𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀
Dimaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan di Jalan Iskandar telah selesai dilaksanakan dan laluan tersebut akan dibuka semula kepada pengguna jalan raya.
Pembukaan semula laluan ini akan berkuat kuasa pada:
📅 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 𝟏𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭)
Sehubungan itu, semua pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya, arahan keselamatan lain yang berkaitan serta memandu dengan berhati-hati ketika melalui laluan berkenaan.
Kerjasama dan perhatian semua pihak amatlah dihargai.
Kredit: JKR Klang
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Website
Address
Shah Alam