JuanJerman.com
Pemastautin tetap di kota perbankan & IT utana Kesatuan Eropah. Kini di USA. Merenung dunia dari jendela mata, menulis ikut s**a.
10/21/2025
TAMAN NEGARA SHENANDOAH, VIRGINIA, USA
Terletak lebih kurang 160km dari Washington D.C. , ibu negeri USA, taman negara Shenandoah ni terkenal dengan keindahan musim luruh dengan daun-daun yg berwarna kuning-oren-merah sana sini 🍁
Saya dan keluarga ambik kesempatan untuk buat day-trip ke sini dengan drive hampir 3 jam ke pintu masuk Selatan, dan drive naik ke DC semula selama 7 jam, termasuk berhenti makan dan rehat. bayaran sekarang takde sebab US tengah shutdown, tapi pusat pelawat masih dibuka tapi hanya untuk bagi maklumat dan jual cenderamata, tapi takde program trekking dsbg.
Kami tak trekking lah sebab anak-anak masih kecik, tapi kami drive di sepanjang Skyline Drive, iaitu jalan tunggal berturap yang merentasi Taman Negara Shenandoah, sepanjang Banjaran Appalachian. Kualiti jalan diorang walaupun berada di atas gunung berketinggian sehingga 4000 kaki dari aras laut, memang tip-top! jarang-jarang jumpa lobang,, tampal apetah lagi. Sampah tepi jalan? nak jumpa kulit gula gula atau puntung rokok pun takde nampak. Tabik spring 🫡
sepanjang hampir 150km jalan bukit, hanya ade satu je stesen minyak so memang kene isi full tank siap siap sebelum masuk taman negara. Sangat recommend andai ada yang nak melancong ke Washington D.C. dan nak lihat benda yang lain sikit daripada biase.
Juan
04/07/2025
Servis pertama Subaru Outback Wagon (2.4L Turbo, 260hp AWD).
Kos selenggara kat dealer Subaru $140 untuk servis biasa. Malangnya model ni akan pupus dari produksi kilang Subaru dari tahun 2026. Station Wagon pada pandangan aku, sangat bernilai untuk keluarga sebab ianya luas, selesa, laju, masih lagi drive macam kereta dan cantik di mata (ok ni subjektif).
aku akan cuba jaga si OB ni sebaik mungkin sebab kalau nak ganti, takde dah kategori Wagon harga sama di pasaran USA, yang next level terus Mercedes, Audi, BMW & Volvo.
Click here to claim your Sponsored Listing.