Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis - JAIPs Laman Rasmi

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis - JAIPs Laman Rasmi

Share

Selamat Datang ke halaman rasmi Facebook Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis

Photos from Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis - JAIPs Laman Rasmi's post 13/05/2026

π‡π€π‘πˆ π’π„ππ€πŒπ€π ππ€π†πˆ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍

Telah diadakan aktiviti senaman pagi warga jabatan seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh : 13 Mei 2026
⏰ Masa : 7.30 Pagi – 8.30 Pagi
πŸ“ Tempat : Denai Larian Pengkalan Asam
πŸ‘€ Dipimpin oleh : Encik Mohd Shahrul bin Ibrahim & Encik Johairul bin Jamin

Terima kasih kepada semua warga JAIPs yang telah hadir dan memeriahkan aktiviti ini.

Photos from Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis - JAIPs Laman Rasmi's post 12/05/2026

DAURAH HALALAN TAIYYIBAN: KURSUS TAULIAH SEMBELIHAN SEMENTARA BAGI IBADAH KORBAN PERINGKAT NEGERI PERLIS 2026


KANGAR, 11 Mei 2026 – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) melalui Bahagian Pengurusan Halal telah menganjurkan Kursus Tauliah Sembelihan Sementara bagi Ibadah Korban Tahun 2026 bertempat di Dewan Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, JAIPs, Kangar, Perlis dan telah disempurnakan perasmian program oleh YBrs. Puan Maizura binti Shamsuddin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis.

Kursus ini dianjurkan sebagai persediaan menjelang ibadah korban dengan memberi penekanan kepada aspek kefahaman syariah, tatacara sembelihan yang betul serta pematuhan terhadap garis panduan dan peraturan berkaitan sembelihan.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti beberapa slot ceramah yang disampaikan oleh penceramah berpengalaman daripada pelbagai agensi berkaitan. Antara pengisian utama yang diketengahkan termasuk konsep penyembelihan dalam Islam, tauliah sembelihan serta teknologi sembelihan terkini yang disampaikan oleh pihak JAIPs.

Selain itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis turut menyampaikan ceramah berkaitan aspek perundangan dan pemeriksaan daging di rumah sembelihan bagi memastikan proses penyembelihan memenuhi piawaian kebersihan, keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan. Turut diadakan slot khas daripada Jabatan M***i Negeri Perlis berkaitan hukum-hakam ibadah korban sebagai panduan kepada peserta dalam melaksanakan ibadah korban dengan lebih sempurna dan menepati syariat Islam.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para penyembelih dan pembantu penyembelih sekitar negeri Perlis yang hadir bagi mendapatkan tauliah sembelihan sementara untuk ibadah korban tahun 2026.

Pihak JAIPs berharap kursus seperti ini dapat meningkatkan kefahaman serta tahap kompetensi peserta dalam melaksanakan amanah sembelihan korban dengan penuh tanggungjawab, berintegriti dan mematuhi hukum syarak.

Photos from Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis - JAIPs Laman Rasmi's post 11/05/2026

✨ π’πŽπ‘πŽπ“π€π π†π€πŒππ€π‘ π’π„πŠπˆπ“π€π‘ ✨
πŸ† ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π πˆππŽπ•π€π’πˆ ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π 𝐃𝐀𝐍 πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πˆπ‡π“πˆπ…π€π‹ πˆπ‹πŒπˆ π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ πŒπ„ππ„ππ†π€π‡ π€π†π€πŒπ€ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (πŒπˆπˆπ’πŒπ€πŒ)
ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ ππ„π‘π‹πˆπ’ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

πŸ“… Tarikh: 10 Mei 2026
πŸ“ Tempat: Ma'had Attarbiyah Al‑Islamiyah (MATRI)

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya pelbagai acara yang menghimpunkan bakat, ilmu dan keterampilan para peserta daripada sekolah-sekolah menengah agama seluruh negeri Perlis.

πŸ“š Acara yang dipertandingkan:
β–ͺ Tilawah Al-Quran
β–ͺ Hafazan Al-Quran
β–ͺ Syarahan Bahasa Melayu
β–ͺ Syarahan Bahasa Inggeris
β–ͺ Syarahan Bahasa Arab
β–ͺ Bacaan Kitab Turath
β–ͺ Forum
β–ͺ Bahas Ala Parlimen (Bahasa Melayu)
β–ͺ Khat
β–ͺ Kitabatul Maqal

Program ini telah disempurnakan perasmian penutup oleh Yang Berhormat Tuan Izizam bin Ibrahim, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Hal Ehwal Agama)

Semoga program ini menjadi medan melahirkan generasi rabbani yang berilmu, berakhlak dan berkepimpinan. Tahniah kepada semua peserta, guru pembimbing, urus setia serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Telephone