Institut Kajian Rantau Teluk - INTEL
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Institut Kajian Rantau Teluk - INTEL, Educational Research Center, Dubai.
22/05/2024
"MASUK MELAKA... DI UAE"
Jika Dubai masyhur sebagai kota metropolitan, Sharjah p**a dikenali sebagai ibu kota kebudayaan Arab dan Islam (عاصمة الثقافة العربية والإسلامية) oleh kerana sejarah kepimpinannya yang lebih menekankan pemeliharaan aspek kebudayaan dan sejarah Arab dan Islam.
Salah satu caranya adalah pada nama-nama kawasan dan jalan di Sharjah yang mengandungi nilai sejarahnya yang tersendiri.
Antara nama-nama kawasan dan jalan lama yang terdapat di Sharjah adalah nama-nama para sahabat (Abdullah bin Abbas, Zubair bin Awwam), para ulama' Islam (Al-Izz bin Abdissalam, Ibn Khaldun), tempat peperangan Islam dan Arab (Al Qadisiyyah, Al Yarmouk Street, Maysaloon), pemimpin nasionalis Arab (Jamal Abdel Nasser, Shukri Qawwatli, Shukri Asali) dan juga tempat ketamadunan Islam seperti Bukhara, Granada, Samarkand, Toledo dan termasuklah juga Melaka!
Barangkali Kerajaan Melaka boleh pertimbangkan untuk menjalinkan hubungan dengan Emiriyah Sharjah sebagai bandar berkembar atau bandar persahabatan (twin/sister city) dan kemudian menggantikan salah satu nama-nama penjajah di jalanan Melaka dengan nama 'Jalan Sharjah'.
14/04/2023
Segmen Dialek Arab Khaliji (GCC) 101 #8
Kalau di Mesir kita biasa dengar orang sebut 'kuwayyis'.
Di negara-negara Sham seperti Jordan dan Syria p**a biasa dengar 'hiluw'.
Di rantau teluk, kebiasaannya kita akan kerap dengar mereka menyebut 'zeyn'.
Perbezaan antara perkataan 'zeyn' dan 'en-zeyn' secara umumnya seperti perbezaan diantara 'baik' dan 'baiklah' dalam bahasa Melayu.
Selamat beramal dan jumpa lagi dalam episod akan datang.
24/03/2023
Segmen Dialek Arab Khaliji (GCC) 101 #4
Dalam episod kali ini, kita akan berkongsi tentang fenomena bahasa yang dinamakan oleh para sarjana bahasa sebagai Al-Istinto', iaitu menukar huruk 'Ain kepada huruf Nun.
Setakat penelitian kami, kaedah ini khusus untuk segala perkataan yang berakar dari satu perkataan sahaja, iaitu أعطى yang mana huruf 'Ain-nya ditukar kepada huruf Nun menjadi أنطى. Termasuklah juga معطي menjadi منطي.
Dialek ini pop**ar khususnya di kalangan masyarakat Iraq dan Kuwait. Dialek ini juga telah pun digunakan pakai oleh masyarakat Arab purba zaman-berzaman, bahkan diriwayatkan juga Rasulullah s.a.w pernah menggunakan kaedah ini.
وأن مالَ الله مسئولٌ ومُنْطَى
اللهم لا مانع لما أنْطَيْتَ
اليد المُنْطِية خيرٌ من اليد السُّفلى
Sekian sahaja untuk kali ini.
Jumpa lagi dalam episod akan datang.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Dubai