Unit Bait Muslim|PERUBATAN

Unit Bait Muslim|PERUBATAN

Share

Fanpage ini adalah di bawah selenggaraan Unit Bait Muslim (UBM) PERUBATAN dan dipantau oleh Presiden dan Timbalan Presiden PERUBATAN.

02/08/2019

[Infografik: Doa Keluarga Bahagia]

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً

“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa”. (al-Furqan: 74)

PENERANGAN AYAT

(1) رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ

Imam Hasan al-Basri pernah ditanya tentang makna ayat ini. Beliau menjawab,

“ Makna yang dimaksudkan ialah bila Allah memperlihatkan kepada seorang hamba muslim isteri, saudara, dan kerabatnya yang taat kepada Allah. Demi Allah, tiada sesuatu pun yang lebih menyejukkan hati seorang muslim selain melihat anak, cucu, saudara, dan kerabatnya taat kepada Allah Taala.”

(2) وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاما

Ibnu Abbas, al-Hasan as-Saddi, Qatadah, dan ar-Rabi’ Ibnu Anas mengatakan bahawa:

Apa yang dimaksudkan daripada ayat ini ialah para pemimpin yang mengikut kami dalam kebaikan. Selain itu, ayat ini juga merujuk kepada keinginan para pendakwah yang mendapat petunjuk dan para penyeru kebaikan. Mereka menginginkan agar ibadah mereka berhubung dengan ibadah generasi penerus mereka iaitu anak cucu mereka. Mereka juga menginginkan agar hidayah yang telah mereka peroleh menurun kepada manusia yang lain dengan membawa manfaat yang lebih banyak pahalanya dan lebih baik akibatnya.

Hal ini disebut dalam hadis Sahih Muslim yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu‘anhu. Rasulullah Sallallahu a’laihi wasallam bersabda:

Apabila anak Adam menginggal dunia, terputuslah amalnya kecuali tiga perkara. Iaitu:
1) Anak yang soleh yang mendoakannya.
2) Ilmu yang bermanfaat.
3) Sedekah Jariyah.

Semoga kita, zuriat keturunan, dan kaum kerabat kita diberikan petunjuk kearah kebaikan dan menjadi generasi penerus dalam memakmurkan bumi ini dengan Islam.

Untuk sebarang aduan, masalah atau cadangan, sila klik pautan di bawah;
https://tinyurl.com/E-ADUANPERUBATAN

“Sakinah, Mawaddah, Rahmah”




Unit Baitul Muslim,
PERUBATAN 2019/2020.

[Ikhtilat Syarie]

Allah berfirman :
“Dan janganlah kalian mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji, dan merupakan jalan yang buruk.” (Al-Israa’ : 32).

Berikut merupakan panduan interaksi di antara lelaki dan perempuan yang dibolehkan dalam Islam.

Baitul muslim yang diberkati Allah, lahir daripada perkenalan yang bebas daripada murka Allah.

“Sakinah, Mawaddah, Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

Unit Baitul Muslim
PERUBATAN 2018/2019

13/11/2017

[ MIN | JB & UBM: BAJET KAHWIN ]

Rimbun semalu di jambu batu,
Bangkit pelanduk terus berlalu;
Kompang dipalu menyahut restu, Pengantin duduk tersenyum malu.

Di dalam hati sudah mempunyai calon dan dalam proses merancang ke arah perkahwinan tetapi tidak tahu bagaimana hendak menguruskan kewangan ke arah perkahwinan?

"Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya ia kahwin kerana ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa sebab ia dapat mengendalikanmu." (HR. Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud)

Madrasah Imam Nawawi (MIN) edisi khas kali ini membawakan kolaborasi bersama Jabatan Bendahari dan Unit Baitul Muslim PCM. Kami membawa tajuk "Bajet Kahwin" khas untuk semua warga Mansurah terutama kepada ahli yang bakal melangkah ke peringkat seterusnya iaitu Baitul Muslim.

Jangan lepaskan peluang ini! Marilah kita bersama-sama untuk menimba ilmu.

Butiran kelas MIN adalah seperti berikut;

Tarikh: 13 November 2017
Masa: 6-9 Malam
Tempat: Qa'ah Ibnu Sina (QIS)

Sebarang aduan, cadangan atau muhasabah bolehlah utarakan di pautan berikut,

http://tinyurl.com/eaduanPCM



"Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati"
"Muslim Sejati, Generasi Rabbani"

Unit Tafakuh dan Thaqafah,
Biro Pembangunan Insan,
PERUBATAN Cawangan Mansurah 17/18

UBM 2017/2018 22/07/2017

[ CARTA ORGANISASI UBM 2017/2018 ]

Berikut adalah ahli jawatankuasa bagi Unit Bait Muslim, PERUBATAN Cawangan Tanta sesi 2017/2018.

Sebarang permasalahan, pertanyaan, atau memerlukan khidmat kaunseling dan nasihat berkaitan UBM, kalian boleh berhubung terus dengan Pengarah/Timbalan Pengarah UBM atau mana-mana AJK UBM yang berkaitan.

Borang UBM juga boleh didapati daripada setiap AJK UBM yang dilantik.

Untuk sebarang aduan, masalah atau cadangan, sila klik pautan di bawah:
http://tinyurl.com/aduanPCT

"Sakinah, Mawaddah, Rahmah"
"Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati"

Unit Bait Muslim,
PERUBATAN Cawangan Tanta 2017/2018.

Want your place of worship to be the top-listed Place Of Worship in Cairo?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Cairo