Khalifah.com

Khalifah.com

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Khalifah.com, Medical and health, Cisaat.

08/11/2020

Mood ni turun naik. Macam yo-yo. Kalau naik bagus. Tapi kalau turun nahaslah p**a.
Kalau mood turun macam mana nak naikkan dengan cepat?
Ada cara mudah untuk naikkan mood dengan segera.
Cara ni adalah hasil kajian dari University Sh*tennoji Osaka Jepun. Ikut kajian cara cepat naikkan mood ialah hidu atau bau buah citrus.
Ya buah citrus macam limau, oren, atau lemon tu. Kajian ini dapati bau citrus dapat naikkan hormon serotonin - hormon yang jaga mood.
Mood jadi stabil. Kita mudah nak senyum. Bila terima berita kita tak lihat dari sudut negatif.
Paling menarik ialah bau pun sekejap saja. Tak lama. Hanya bau selama 10 minit, mood kita akan jadi lebih baik selama 30 minit. Bayangkan mood baik selama 30 minit.
Mudah bukan. Jadi bila kupas oren tu simpanlah kulit dia. Jangan buang. Letak atas meja makan. Atau bawa sekali bila pergi kerja.
Cubalah. Mudah. Cepat dan natural.

04/11/2020

RESEPI KELUARGA BAHAGIA🄰

Lumrah kehidupan ada benda baik ada benda buruk berlaku dalam kehidupan. Yang buruk datang utk berikan pengajaran dan kadang yg baik datang sekadar utk menguji.

Sama juga dengan sikap anak anak, ada yg pendiam ada yg pemarah ada yg peramah. Masing masing ada sikap yg tersendiri. Ibu bapa yg perlu kenal dan mengawalnya.

Ayah tengok adik tarik rambut kakak ni!!!

Ibu tengok abang pukul adik ni!!!

Abang tak salah, adik tu yang salah!!!

Dua tiga kali seminggu atau hampir setiap hari pasti ini yg didengari oleh ibu bapa. Anak anak bergaduh sudah menjadi lumrah untuk proses pembesaran mereka.

Tapi kita sebagai ibu bapa yg patut mengawal dan mendidik anak anak. Disini Dina nak kongsikan sedikit tips elakkan anak anak bergaduh.

Tips 1 : Pertama sekali kena tahu ianya normal untuk adik beradik bergaduh ( sibling rivalry ) asalkan ianya tak keterlaluan. Jadi nasihatkan anak kita secara konsisten dan jangan putus asa. Ianya sebuah proses.

Tips 2 : Jangan salahkan ( blaming ) anak kita yang mulakan pergaduhan secara keterlaluan. Bersederhana dan bersikap adil lah.

Tips 3 : Jangan gunakan emosi yang keterlaluan ketika meleraikan pergaduhan. Kita sendiri kena tenang dahulu. Baru anak anak kita pun boleh ikut tenang dan tak menyimpan dendam.

Tips 4 : Jangan tengok secara permukaan sahaja. Cuba gali ataupun decode penyebab sebenar anak kita bergaduh. Mungkin mereka sedang dahagakan 'connection dan attention' daripada kita.

Tips 5 : Jangan amalkan Favouritism. Jangan pilih pilih kasih tak kisah la anak kita lelaki ke perempuan ke. Sulung ke bongsu ke. Anak kita sama je. Semuanya ada perasaan. Layan mereka dengan seadilnya. Mereka pun punya hati dan jiwa sama seperti kita juga.

Ikhlas,
Admin
Khalifah.com

Want your practice to be the top-listed Clinic in Cisaat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Cisaat