Maktab Mahmud Alor Setar - RASMI

Maktab Mahmud Alor Setar - RASMI

Share

Maktab Mahmud atau Al-Maahad Al-Mahmud merupakan sebuah Sekolah Agama dibawah naungan Sultan Kedah. Pembelajaran akedemik dan silibus al-Azhar diajar di sini.

Photos from Maktab Mahmud Alor Setar - RASMI's post 07/07/2026

📌 PROGRAM KACAU BUBUR ASYURA 1448H/2026M

(BAHAGIAN 2)

Program Kacau Bubur Asyura anjuran Persatuan Guru dan Staf (PGS) Maktab Mahmud Alor Setar. 🔰

✨️

Photos from Maktab Mahmud Alor Setar - RASMI's post 07/07/2026

📌 PROGRAM KACAU BUBUR ASYURA 1448H/2026M

(BAHAGIAN 1)

Alhamdulillah, Program Kacau Bubur Asyura anjuran Persatuan Guru dan Staf (PGS) Maktab Mahmud Alor Setar telah berlangsung dengan jayanya pada 7 Julai 2026, bermula seawal jam 8.00 pagi di Garaj Kereta Blok E.

Program yang menjadi acara tahunan ini menyaksikan semua guru dan staf berganding tangan, bergotong-royong menyediakan bahan-bahan untuk memasak bubur asyura sehingga siap untuk dinikmati. Turut sama memeriahkan program tersebut ialah para pelajar Persatuan Tingkatan Enam (PERTINAM) Pra-U MMAS yang hadir membantu, sekaligus menyemarakkan lagi semangat kerjasama antara guru dan pelajar.

Sepanjang program berlangsung, jelas terpancar suasana muhibbah di kalangan seluruh warga Maktab Mahmud Alor Setar. Kerjasama yang erat serta saling bantu-membantu antara satu sama lain dalam satu keluarga maahad mencerminkan ukhuwah yang dibina terpasak kukuh.

Ustaz Abdul Rahim bin Bahari selaku Pengerusi PGS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama menyumbang sama ada dalam bentuk wang ringgit, bahan-bahan mentah dan perkakasan bubur asyura, jamuan potluck mahupun kudrat dan tenaga, sehingga program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan penuh keberkatan.

Semoga amalan tradisi murni ini akan terus menjadi wadah bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga maahadi, samada pentadbir, para guru, pegawai, staf dan semua pelajar. 🌹

✨️

Want your school to be the top-listed School/college in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Persiaran Sultan Abdul Hamid
Alor Setar
05050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00