Pemudaumno Kedah
The Youth Wing of UMNO
11/12/2025
Pengiktirafan UEC bukan sekadar cadangan yang lemah — ia adalah ancaman terus kepada integriti, autoriti dan kedaulatan sistem pendidikan negara. Usaha untuk menyamakan UEC dengan kelayakan arus perdana seperti SPM dan STPM merupakan tindakan yang melanggar asas pembinaan negara, dan tidak wajar diberi ruang walau seinci.
UEC tidak mematuhi kurikulum nasional, tidak menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, dan tidak mengikuti standard penilaian yang ditetapkan negara. Maka, meletakkan UEC setaraf dengan kelayakan kebangsaan adalah tindakan yang melucukan, tidak rasional dan menidakkan ratusan ribu pelajar yang mengikuti sistem negara dengan penuh disiplin dan kepatuhan.
Cadangan pengiktirafan ini ibarat mahu memecah-belahkan sistem pendidikan Malaysia menjadi serpihan yang tidak lagi mempunyai satu hala tuju bersama. Jika UEC diiktiraf, esok lusa lebih banyak aliran akan menuntut perkara sama. Natijahnya? Malaysia hilang arah, hilang standard, hilang identiti pendidikan sendiri.
UEC tidak boleh — dan tidak akan — diberi kekebalan hanya kerana ia mendapat sambutan di luar negara. Malaysia bukan negara yang tunduk kepada piawaian luar. Kita mempunyai dasar pendidikan sendiri, yang dibangunkan demi kesepaduan nasional. Jika ada mana-mana kelayakan yang enggan menyesuaikan diri dengan kerangka negara, maka kelayakan itulah yang perlu berundur, bukan sistem negara yang perlu mengalah.
Menerima UEC adalah langkah paling tidak bertanggungjawab, membuka pintu kepada kekacauan dasar, dan melemahkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa penyatuan nasional. Tindakan sedemikian bukan reformasi — ia adalah kerosakan tersusun yang akhirnya menghancurkan apa yang telah dibina selama berdekad.
Oleh itu, pengiktirafan UEC mesti ditolak mentah-mentah, tanpa sebarang kompromi, tanpa sebarang ruang tawar-menawar. Malaysia tidak boleh bertolak ansur dalam isu yang menggugat asas sistem pendidikannya sendiri.
MOHD SAFWAN JAAFAR
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Serar
06/09/2024
Pemain Tertekan, Ingin "Angkat Kaki"
Situasi di bilik persalinan pasukan KDA FC semakin tertekan akibat gaji pemain tidak dibayar telah berbulan-bulan. Bertambah parah apabila ada pemain yang telah memboikot sesi latihan pasukan.
Industri bola sepak ini sangat dekat di hati kami anak muda di Kedah ini. Sudah pasti penyokong masih bernostalgia melihat pasukan Kedah bermain di Stadium Bukit Jalil.
Pasukan bertambah kritikal apabila ramai pemain ingin meninggalkan pasukan akibat terlalu tertekan dan ini sudah pasti akan memberi kesan kepada prestasi KDA FC
Jadi kami menyeru agar pihak yang bertanggungjawab keluar dengan idea yang bernas agar dapat mengubati pasukan KDA FC yang kritikal ini
MOHD SAFWAN JAAFAR
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Alor Setar