PIBG Setara-SK Taman Rakyat, Alor Setar

PIBG Setara-SK Taman Rakyat, Alor Setar

Share

SK TAMAN RAKYAT OFFICIAL - PIBG SETARA merupakan page rasmi yang menggantikan page Sk taman rakyat official.

06/06/2026

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Warga Sekolah Kebangsaan Taman Rakyat merakamkan penghargaan dan sokongan kepada Encik Ramlee Abu Bakar selaku Guru Besar SK Taman Rakyat yang baru.

Semoga Allah mempermudah segala urusan beliau, mengurniakan kesihatan yang baik, taufik dan hidayah dalam memimpin serta keberkatan dalam setiap amanah yang dipikul.

Terus maju, SK Taman Rakyat.

06/06/2026

PERASMIAN PROJEK INTERNSHIP 2026 GURU PELATIH IPG

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perasmian Projek Internship 2026 Guru Pelatih IPG di SK Taman Rakyat.

Projek ini merupakan hasil usaha dan kerjasama strategik antara Panitia Pendidikan Islam, Surau Nurul Iman SK Taman Rakyat dan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi tujuan pelupusan.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada guru pelatih IPG iaitu Amir Azlan, Amir Zharif, Husna Nabilah dan Nur Husna Azyani atas komitmen, kreativiti dan usaha murni dalam menjayakan projek ini.

Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada guru-guru pembimbing iaitu Ustazah Syakirah, Ustazah Fitriah dan Ustazah Kamazizah atas bimbingan, tunjuk ajar dan sokongan yang diberikan sepanjang pelaksanaan projek ini.

Penghargaan juga diucapkan kepada Ustaz Zainuddin bin Jusoh atas bantuan, sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan projek ini.

Semoga projek yang dilaksanakan ini memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah serta menjadi inspirasi dalam membudayakan nilai inovasi, kerjasama dan khidmat bakti dalam kalangan bakal pendidik.

Want your school to be the top-listed School/college in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


SK Taman Rakyat, Lebuhraya Sultanah Bahiyah
Alor Setar
05350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00