Psspgm Teluk Chengai
Jom anak muda sertai kami di Akademi Silat hari ini..
Himpunan Silaturrahim Persilatan bersama Masjid Negeri Kedah Darul Aman menjadi penanda akhir tahun yang sarat dengan nilai ukhuwah dan tradisi.
Masjid Zahir Darulaman menjadi saksi penyatuan pesilat, pengukuhan jati diri serta kesinambungan adab dan disiplin persilatan Melayu.
16/10/2025
DOA KEHANCURAN TERHADAP MUSUH ISLAM
Seorang sahabat, Abdullah bin Abi Aufa RA menulis surat kepada Umar bin Ubaidillah ketika beliau pergi berhadapan dengan orang-orang Haruriyyah (Khawarij).
Abdullah beritahu bahawa pernah suatu ketika dahulu, apabila Rasulullah SAW berhadapan dengan musuh, Baginda menunggu hingga matahari mulai condong. Kemudian, Baginda berdiri dan berkata:
"Wahai kaum muslimin, janganlah kamu menginginkan perjumpaan dengan musuh, mohonlah kesejahteraan kepada Allah. Tetapi apabila kamu bertemu dengan mereka, maka bersabarlah. Ketahuilah bahawa syurga berada di bawah naungan pedang."
Kemudian Rasulullah SAW berdoa:
اللَّهُمَّ مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الْأَحْزَابِ، اهْزِمْهُمْ، وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ
"Ya Allah, Tuhan Yang Menurunkan Kitab al-Quran, Yang Menggerakkan Awan, Yang Menghancurkan Tentera al-Ahzab, Engkau hancurkanlah mereka (musuh Islam) dan bantulah kami mengalahkan mereka."
(Hadis Riwayat Muslim, no. 1742)
Doa ini antara doa Rasulullah SAW yang kita boleh amalkan dan baca ketika menghadapi musuh Islam, juga doa buat saudara kita di Palestin dan lain-lain agar Allah membantu mereka dan mengalahkan musuh.
Semoga Allah kurniakan kebaikan buat kita.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Jalan Peremba
Alor Setar
05050