Northern Realtor.MY

Northern Realtor.MY

Share

Hartanah di Bumi Utara
Jual Beli Hartanah
Kongsi Info Hartanah

24/12/2023

TIPS PERKONGSIAN UNTUK MEMBELI RUMAH PERTAMA

1. BELI RUMAH IKUT KEMAMPUAN MASING-MASING‼️

✅Pastikan anda mampu menanggung rumah yang ingin anda beli dengan menghitung gaji dan bajet. Semak segala perbelanjaan harian, mingguan, bulanan dan tahunan anda, beserta pendapatan anda. Kalau boleh, elakkan membuat pinjaman diluar kemampuan anda kerana ini boleh meningkatkan risiko untuk muflis pada usia muda apabila anda tidak mampu membayar secara ansuran. Jadi, hitunglah gaji, kos kehidupan dan lain-lain supaya anda ketahui seberapa banyak yang boleh diperuntukkan untuk membayar ansuran rumah.

2. PANTAU PERSEKITARAN RUMAH‼️

✅Dalam pembelian rumah, penting untuk anda menitikberatkan persekitaran rumah yang diingini dengan memastikan keselamatan dan kemudahan-kemudahan awam yang terdekat. Kemudahan yang admin maksudkan adalah seperti kedai runcit, pengangkutan awam, balai polis, sekolah dan restoran.
Beberapa perkara di atas penting kerana tak ramai sedar betapa perlunya kemudahan-kemudahan di atas untuk kehidupan seharian yang lebih lancar dan menyenangkan.

3. CARI RUMAH YANG BERDEKATAN DENGAN TEMPAT KERJA‼️

✅Apabila tempat yang anda diami berdekatan dengan tempat kerja, maka banyak hal yang dapat dipermudahkan untuk diri sendiri. Ini kerana, tempat kerja yang dekat akan membolehkan anda menjimat waktu, kos petrol dan tol (kalau ada).

Credit : Edumetro

https://jom.chat/afiqejenhartanah

https://jom.chat/afiqejenhartanah

https://jom.chat/afiqejenhartanah

Want your business to be the top-listed Realtor/realty Service in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Alor Setar
06600