WM Property
Perunding Hartanah
real estate negotiator
ORE
info hartanah di utara tanah air khidmat urusan jual beli hartanah
Panduan Kemas Kini Maklumat Pemilik (Tukar Nama Bil)
Selepas urusan jual beli selesai, pertukaran nama pada bil-bil berkaitan perlu dilakukan dengan kadar segera. Berikut adalah senarai agensi yang perlu diuruskan:
Cukai Tanah: Biasanya dikemas kini secara automatik oleh Pejabat Tanah selepas pendaftaran Pindah Milik (Borang 14A) berjaya. Walau bagaimanapun, pemilik dinasihatkan menyemak status di portal e-Tanah selepas 3-6 bulan.
Cukai Pintu: Perlu dilakukan di Majlis Perbandaran/Bandaraya (Pihak Berkuasa Tempatan). Sesetengah PBT kini membenarkan permohonan secara dalam talian.
Elektrik (TNB): Boleh dilakukan secara fizikal di Kedai Tenaga atau melalui portal/aplikasi myTNB (Pertukaran Hak Milik / Change of Tenancy).
Air: Perlu dibuat di pejabat agensi air negeri (contoh: Air Selangor, SAMB, SAJ). Kebanyakan negeri kini memerlukan permohonan melalui portal rasmi agensi air tersebut.
Indah Water Konsortium (IWK): Boleh dilakukan secara fizikal atau melalui portal rasmi IWK. Nota: Bagi kawasan di bawah PBT tertentu, bil IWK mungkin disekalikan dengan bil air.
Management Office / JMB / MC (Untuk hartanah strata): Perlu dilakukan secara fizikal di pejabat pengurusan bangunan bagi mengemas kini rekod pemilik dan caj penyelenggaraan.
Dokumen Penting Yang Diperlukan:
Secara amnya, anda perlu menyediakan "set dokumen" berikut untuk setiap permohonan:
1. Salinan Kad Pengenalan (Pembeli/Pemilik Baru).
2. Salinan Perjanjian Jual Beli (SPA) – Muka surat utama, butiran hartanah, dan muka surat tandatangan.
3. Salinan Geran Hartanah (Jika sudah ada).
4. Salinan Notis Jualan/Pindah Milik (Borang 14A) – Sangat penting untuk urusan Cukai Pintu.
5. Salinan Bil Terkini (Cukai Pintu/Air/Elektrik) untuk rujukan nombor akaun lama.
Nota Penting: Pastikan semua tunggakan lama telah diselesaikan oleh penjual melalui pihak peguam sebelum anda memulakan proses pertukaran nama ini.
Kenapa beli rumah lebih baik daripada menyewa?
1️⃣ Bina Aset Sendiri
Setiap bayaran bulanan bukan hangus, tapi masuk dalam aset kita. Lagi lama pegang, lagi tinggi potensi nilai meningkat.
2️⃣ Keselamatan & Kepastian
Rumah sendiri tiada risiko tuan rumah naikkan sewa atau minta keluar tiba-tiba.
3️⃣ Pelaburan Jangka Panjang
Harga hartanah cenderung naik mengikut masa & pembangunan kawasan. Beli awal, untung lebih besar.
4️⃣ Kebebasan Ubah Suai
Rumah sendiri, bebas nak renovate ikut citarasa tanpa perlu minta izin sesiapa.
5️⃣ Disiplin Simpanan Paksa
Bayar loan sebenarnya sedang “paksa diri” menyimpan dalam bentuk aset.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Telephone
Website
Address
Alor Setar
06500