Sambal Mek Cha

Sambal Mek Cha

Share

Kami menyediakan sambal untuk pelbagai kegunaan. Tanpa bahan pengawet, travel friendly, tanpa bahan

03/04/2020

"Nice to know"

Nampak x seketul cell kat tgh tuh...tuh abnormal mononuclear cell..sel xnormal..

Patient ni still muda...10 tahun muda dari saya..dlm 20an..ada kanser yg dh merebak ke seluruh badan.

Dari kajian saya dlm masa 3-4 tahun dok tgok sel2 manusia...semakin hari semakin byak kes2 malignancy (kanser) yg trdiri dari org muda2..bukan kes biasa2 tau.

Banyak faktor penyebab:antaranya radiasi, racun,PEMAKANAN,any bahan kimia yg kita pakai n etc.
Yg lain tuh mgkin kita xberapa nk dpt elak sebb kadang2 kita perlu guna tapi MAKANAN adalah faktor yg dpt kita elak..ELAK MAKANAN YG ADA PENGAWET...mmg le sesetengah pengawet dibenarkan dgn kuantiti tertentu,tapi hampir kebnyakan makanan kita sekrg ada pengawet...makan sana sikit sini sikit..bertimbun bahan pengawet dlm badan kita.
ELAKAN MAKANAN YG MENGANDUNGI PEWARNA TIRUAN..kalo boleh perencah ke pewarna ke pakai le yg asli...(eg nk warna hijau tanam pokok pandan,..nk warna kuning utk tepung/ikan..tanam kunyit,proses sendiri...kunyit pun 100% dari kunyit tau sekarang..ni yg kita mampu buat sendiri..kalo xboleh buat sendiri cuba kurangkan penggunaan.
Yg mana boleh memudaratkan kesihatan better dielakkan..yg mana xboleh mugkin kita boleh kurangkan pengambilan..nasihat utk saya jugak.

Semoga adik ni kuat n sentiasa positive.

Info from dr Masitah Hamid

01/04/2020

"Nice to know"

Xperlu menjadi seorg doktor pun utk menyelamatkan nyawa seseorg..sekadar tidak meletakkan nyawa seseorg itu dlm keadaan bahaya.

Seorg budak 3 tahun,underlying G6PD deficiency..di intubate setelah diberi makan kacang parang"fava bean" oleh neneknya...dan mnyebabkan darahnya hemolyse.

Gambar kt bawah adalah gmbar slide sel darah merah pesakit,terdapat banyak spherocytes dan few bite cells...this condition occur after triggered by oxidizing agent eg fava bean.

Mungkin kita berpikir, nenek dah tua...xtau sgt benda2 ni...tapi kita as a parent kena amik tau bila anak kita ada sebarang penyakit dan bgitau kat ahli keluarga yg lain..xperlu bgtau detail pun..sekadar bgtau apa yg patut dielak dan ape yg perlu dilakukan.

nati google pasal G6PD deficiency ye.πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘§πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘§ kita menjadi keluarga yg berpengetahuan.

Photos from Sambal Mek Cha's post 18/03/2020

Bermula la kawalan x keluar rumah hari ni.... So kita petik sayur belakang rumah je hari ni... Menu simple menu peria telur je hari ni...🀀🀀🀀

Resepi peria goreng telur

Bahan :
* 1 biji peria[dihiris nipis]
* 2 ulas bawang merah[tumbuk halus]
* 1 ulas bawang putih[tumbuk halus]
* 2 biji telur
* garam secukup rasa
* minyak masak

Cara2 :

* panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih yg dah ditumbuk... Tumis sehingga naik bau dan mas**an peria... Goreng peria biar layu sedikit... Bila dah layu sedikit bolehlah mas**an telur... Goreng sedikit dan mas**an garam... Siap🀀🀀🀀

Selemat mencuba....

Photos from Sambal Mek Cha's post 17/03/2020

Hari ni hari tB menu2 mengamnit kenangan... Sera ubi kayu sy serta sekali resepi kat bawah...

Resepi sera ubi kayu

Bahan:
* 500g ubi kayu[korek belakang umah ja]
* 3 keping gula kabung
* 3 helai daun pandan
* garam secukup rasa
* 2 sudu tepung jagung[bancuh dgn air]
* 3 gelas air

Cara2:

- masuk semua bahan dlm periuk kecuali tepung jagung... Masak dgn api yg sederhana sehingga ubi empuk... Bila ubi dah empuk mas**an air tepung jagung... Masak sampai ia pekat dan ubi bersalut dgn gula kabung... Dah siap🀀🀀🀀🀀

Selamat mencuba...

Photos from Sambal Mek Cha's post 17/03/2020

Percaya @ tidak masakan adalah MESIN MASA yg dapat merentas masa kembali zaman dulu2, hari ni mmg merentas masa bila makan masak lemak cili padi kulat sisir dgn udang walaupun x sama dgn air tangan arwah ayah... Tapi tetap mengimbau kenangan 23 tahun dulu dgn arwah ayah...dialah MY SUPER HERO...

Al-Fatihah untuk arwah ayah...

Masak Lemak Cili Padi Kulat Sisir dengan udang

Bahan2:

*kulat sisir
* udang
*13 biji cili padi
*4 ulas bawang merah
*1 ulas bawang putih
*1 inci kunyit hidup[serbuk kunyit pon boleh letak 1 sudu kecil]
*2 batang serai ketuk
*Rm3 santan
* garam secukup rasa
* asam keping
*1 helai daun kunyit dihiris

Cara menyediakan.

-Rendam kulat sisir dulu supaya semua kotoran yang melekat pada kulat keluar. Bilas kulat di bawah air paip & tos sebentar.

-Tumbuk p**a ramuan seperti cili padi,kunyit, bawang merah & bawang putih.

- masukkan santan, bahan tumbuk, serai, kulat dan santan serta garam ke dalam periuk..Masak dengan api sederhana sambil sentiasa dikacau. Dan boleh la letak udang...masukkan 1 keping asam keping dan daun kunyit yg dihiris... Boleh la tutup api bila dah secukup rasa.

Selamat mencuba...

16/03/2020

Jom tambah kologen dlm badan kita dgn sup kaki ayam... Dah nak masuk 4 series ni kena ambik kologen banyak sikit... Ambik kologen asli je x berani nak cucuk niπŸ€—πŸ€—πŸ€—

Sy serta kan resepi sup kaki ayam dan cabai kicap... Semoga bermanafaat...

RESEPI SUP KAKI AYAM

* cuci bersih kaki Ayam[sy cuci kaki ayam dgn kapur makan serta cuka]
* Air
* Sedikit minyak masak
* 3 ulas bawang putih dihiris
* 3 labu bawang kecil dihiris
*1/2 inci halia dan lengkuas
* 1 helai duan bay[wangi sup kalo letak]
* daun sup & daun bawang dihiris kasar
* Garam
* kiub Ayam
* sup bunjut

* Kaki ayam yg dah dibersihkan, tambahkan air sampai kaki ayam terendam lepas tu rebus + sup bunjut

* Panaskan sedikit minyak untuk Tumis bahan2 yg dihiris biar layu sedikit.. bole lah tutup api

* Mas**an bahan tumisan yg dah siap kedalam rebusan Ayam, mas**an garam & rebus sampai kaki ayam lembut..

* Bila dah nampak ayam lembut boleh lah tutup api, dan last sekali mas**an hirisan daun bawang & daun sup

Resepi cabai kicap

* 5 tangkai cabai melaka[sape s**a pedas tambah la ye]
* 3 labu bawang kecil dihiris
* 1 ulas bawang putih dihiris
* 1 slice limau nipis
* kicap manis[ikut s**a ye]
*1/2 sudu sos ikan

* mas**an semua bahan2 kecuali limau nipis... Picit dan gaulkan... Last sekali baru perah limau nipis...[sy x guna garam sbb sos ikan dah masin]

Selamat mencuba...

Want your business to be the top-listed Recruitment Company in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Alor Setar