MOBs

MOBs

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MOBs, Health/Beauty, Alor Setar.

20/03/2026

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H..

‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan penuh rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT, dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam..

Aidilfitri adalah lambang kemenangan selepas kita menunaikan ibadah sepanjang Ramadan..Malah, ia juga merupakan detik yang amat bermakna untuk kita memperkukuh silaturahim serta menyemai nilai kasih sayang dan insani..

Dalam kita meraikan Syawal yang mulia ini, marilah kita bersama-sama menghayati nilai kesederhanaan, keinsafan dan kesyukuran..Semoga kemeriahan Aidilfitri ini membawa sinar kebahagiaan, kesejahteraan dan keberkatan yang berpanjangan kepada kita semua..

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin..

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ تَقَبَّلْ يَا كَرِيْم

07/03/2026

✨Ucapan Nuzul Al-Quran 1447H✨

Salam Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam. Semoga kita semua sentiasa mendampingi Al-Quran dengan membaca, memahami dan mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian..

Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam yang penuh keberkatan."
(Surah Ad-Dukhan: 3)

Semoga kita tergolong dalam kalangan Ahlul Quran yang dimuliakan oleh Allah SWT..

02/03/2025

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐋-𝐌𝐔𝐁𝐀𝐑𝐀𝐊 🌙
𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa..
Semoga puasaku, puasamu, setiap ibadah dan amal kebaikan kita semua diterima oleh Allah SWT 🤲

Semoga setiap doa dikabulkan, setiap usaha diberkati, dan setiap langkah menuju kebaikan di rahmati..Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan, semoga Allah angkat segala hajat dan doa kita 🤲

Dengan rendah hati, saya mohon maaf atas segala kekhilafan..Atas kata-kata yang tajam, ucapan yang menyakitkan hati, janji yang terabai, serta sikap yang pernah melukai..Mungkin dalam senda gurau ada yang terasa, dalam bicara ada yang terguris dan dalam perbuatan ada yang tersakiti..Mohon Maaf Zahir Batin 🙏

Marhaban Ya Ramadan 🌙

26/01/2025

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐈𝐒𝐑𝐀𝐊 𝐌𝐈𝐊𝐑𝐀𝐉 𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇

Marilah kita bersama-sama menghayati peristiwa yang penuh agung Israk dan Mikraj yang menjadi bukti keagungan dan kekuasaan Allah SWT..

Semoga dengan penghayatan peristiwa penuh hikmah ini akan menjadi titik permulaan buat semua umat Islam memperkukuh iman serta memperbaiki amal ibadah dengan sempurna..

Selamat Memperingati Peristiwa Israk dan Mikraj..

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Alor Setar