SPRM Kedah

SPRM Kedah

Share

No Siri SPRM Kedah : 2019/FB/KED/13

Photos from SPRM Kedah's post 08/06/2026

PENGUATKUASAAN TANPA KOMPROMI: JKDM DAN SPRM PERKUKUH INTEGRITI, TANGANI RISIKO RASUAH

ALOR SETAR, 8 Jun – Komitmen berterusan dalam memperkukuh budaya integriti serta membanteras amalan rasuah dalam kalangan pegawai dan anggota penguat kuasa terus diperkasakan menerusi penganjuran Program Dialog Antirasuah Dalam Penguatkuasaan yang berlangsung di Dewan Iris, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Kedah, hari ini.

Program yang dianjurkan secara bersama oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah dan JKDM Negeri Kedah itu menghimpunkan pegawai serta anggota penguat kuasa bagi meningkatkan kesedaran terhadap ancaman rasuah, memperkukuh nilai integriti serta mempertingkatkan amalan tadbir urus yang baik dalam pelaksanaan tugas penguatkuasaan.

Program dimulakan dengan Ceramah Antirasuah Dalam Penguatkuasaan yang disampaikan oleh Penolong Kanan Penguasa Hanizal bin Mazni, Pegawai Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Kedah. Ceramah tersebut menekankan peranan penting penjawat awam dalam membendung gejala rasuah, memelihara integriti organisasi serta memastikan setiap tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara telus, profesional, berakauntabiliti dan mematuhi peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Kemuncak program menyaksikan berlangsungnya Sesi Dialog Antirasuah bertemakan “Penguatkuasaan Tanpa Kompromi: Mendepani Isu dan Cabaran Dalam Memerangi Rasuah” yang menampilkan barisan panel berpengalaman daripada JKDM dan SPRM.

Sesi tersebut menjadi platform strategik untuk berkongsi pengalaman, pandangan dan amalan terbaik dalam memperkukuh integriti serta memperhebat usaha pencegahan rasuah dalam sektor penguatkuasaan.

Barisan panel yang terlibat terdiri daripada Penolong Kanan Pengarah Kastam I, Tuan Mohd Sanusi bin Ab. Aziz, Ketua Kastam Daerah Langkawi; Penolong Kanan Pengarah Kastam II, Puan Natrah binti Abdullah dari Bahagian Penguatkuasaan JKDM Negeri Kedah; serta Penguasa Kanan Puan Suekarni binti Mohamed Hashim, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Kedah.

Sesi dialog tersebut dikendalikan oleh Penolong Pengarah Kastam, Tuan Asrol Fazli bin Zulkifli daripada Bahagian Penguatkuasaan JKDM Negeri Kedah.

Sepanjang sesi dialog, panel turut mengupas pelbagai cabaran integriti yang dihadapi oleh pegawai penguat kuasa dalam melaksanakan tugas, termasuk risiko penyalahgunaan kuasa, konflik kepentingan, kebocoran maklumat operasi, cubaan memberi suapan serta pengaruh pihak berkepentingan yang boleh menjejaskan ketelusan proses penguatkuasaan.

Perbincangan turut menyentuh kepentingan pematuhan kepada prosedur kerja, mekanisme kawalan dalaman dan pengawasan berterusan bagi mengurangkan ruang dan peluang berlakunya perlakuan rasuah.

Panel turut menegaskan bahawa penguatkuasaan yang berkesan bukan sahaja bergantung kepada kecekapan operasi dan penguasaan undang-undang, malah memerlukan pegawai yang mempunyai tahap integriti yang tinggi, berani menolak sebarang bentuk rasuah serta sentiasa mengutamakan kepentingan awam dalam setiap tindakan yang diambil.

Dalam era cabaran penguatkuasaan yang semakin kompleks, aspek integriti perlu dijadikan benteng utama bagi memastikan kredibiliti dan kepercayaan masyarakat terhadap agensi penguatkuasaan terus terpelihara.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan SPRM dan JKDM dalam memperkukuh kerjasama strategik bagi membudayakan nilai integriti, meningkatkan tahap pematuhan terhadap undang-undang serta memperkasakan usaha pencegahan rasuah dalam kalangan warga kerja.

Program seumpama ini juga selaras dengan aspirasi kerajaan untuk mewujudkan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, telus, berakauntabiliti dan bebas daripada sebarang unsur rasuah.

Melalui pendekatan pendidikan, perkongsian pengalaman dan pengukuhan kesedaran secara berterusan, program ini diharap dapat melahirkan barisan penguat kuasa yang lebih profesional, berintegriti dan berwibawa, sekali gus memperkukuh keyakinan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan serta menyokong agenda nasional ke arah tadbir urus yang berintegriti dan mampan.

07/06/2026

📢 Program Dialog Antirasuah Dalam Penguatkuasaan bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Kedah Tahun 2026!

Ayuh bersama memperkukuh budaya integriti, meningkatkan kesedaran pencegahan rasuah dan memperkasakan tadbir urus yang telus dalam penguatkuasaan demi kesejahteraan masyarakat dan negara.

Photos from SPRM's post 04/06/2026
Photos from SPRM Kedah's post 02/06/2026

SPRM KEDAH DAN JPN KEDAH PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK PEMBUDAYAAN INTEGRITI

ALOR SETAR, 2 Jun 2026 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah terus komited memperkukuh kerjasama strategik dalam usaha membudayakan integriti, memperkasa tadbir urus yang baik serta meningkatkan kesedaran antirasuah dalam sektor pendidikan di negeri ini.

Komitmen tersebut dizahirkan menerusi sesi kunjungan hormat Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Tuan Abdul Rahim bin Mat bersama delegasi JPN Kedah ke Pejabat Pengarah SPRM Negeri Kedah yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Gunasama, Bangunan Persekutuan Alor Setar (BPAS), hari ini.

Delegasi tersebut telah disambut oleh Pengarah SPRM Negeri Kedah, YBhg. Dato’ Nazli Rasyid bin Haji Sulong.

Dalam sesi perbincangan tersebut, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh budaya integriti dan tadbir urus dalam sektor pendidikan, di samping meneroka peluang kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan bagi memperluaskan pembudayaan nilai integriti dalam kalangan warga pendidikan di Negeri Kedah.

Pengarah SPRM Negeri Kedah, YBhg. Dato’ Nazli Rasyid bin Haji Sulong turut merakamkan penghargaan atas komitmen dan kerjasama erat yang telah diberikan oleh JPN Kedah dalam menjayakan pelbagai program pendidikan integriti dan antirasuah sebelum ini.

Antara inisiatif yang telah dilaksanakan secara bersama termasuk Program Wira Antirasuah (WAR) yang melibatkan penyertaan sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah jenis kebangsaan di seluruh Negeri Kedah.

Selain itu, SPRM Kedah turut berkongsi kepakaran melalui pelbagai program pendidikan, ceramah integriti dan perkongsian berkaitan pencegahan rasuah bagi meningkatkan kesedaran serta kefahaman warga pendidikan terhadap isu rasuah dan salah guna kuasa.

Kedua-dua pihak turut membincangkan beberapa cadangan kerjasama yang berpotensi dilaksanakan pada masa hadapan termasuk perluasan Program Wira Antirasuah (WAR) ke lebih banyak sekolah di Negeri Kedah.

Turut dibincangkan ialah pendekatan pengukuhan integriti dalam kalangan warga pendidikan.Selain itu, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai potensi penglibatan sektor korporat serta komuniti pendidikan dalam menjayakan program pendidikan integriti dan antirasuah. Dalam hubungan ini, SPRM Kedah turut berkongsi mengenai Inisiatif Potongan Cukai yang diperkenalkan bagi menggalakkan penglibatan sektor korporat dalam pelaksanaan program integriti dan antirasuah yang dilaksanakan dengan kerjasama SPRM.

Turut mengiringi Pengarah Pendidikan Negeri Kedah ialah Timbalan Pengarah (Pengurusan Sekolah)- Tuan Azhari bin Abdul Rashid; Ketua Unit Komunikasi Korporat- Haji Mohd. Hafiz bin Mohd. Salleh; Ketua Sektor Integriti- Encik Bakhtiar Effendy bin Khalid; serta Penolong Pengarah (Siasatan), Sektor Integriti- Encik Mohd. Nor Iskandar bin Jainuddin.

Kerjasama strategik antara SPRM Kedah dan JPN Kedah diyakini mampu memperkukuh pembudayaan integriti dalam sektor pendidikan serta menyokong usaha melahirkan generasi yang beretika, berintegriti dan bertanggungjawab demi pembangunan negara yang bebas daripada rasuah.

13/05/2026

Selamat Datang Dato' Sri Abd Halim bin Aman

Want your organization to be the top-listed Government Service in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Tingkat 2, Blok B, Bangunan Persekutuan, Jalan Sultan Badlishah, Peti Surat 6000
Alor Setar
05720