Cikgu Ruby
Education
Alhamdulillah dah 12 tahun cikgu Ruby dalam bidang pendidikan (7 tahun sebagai guru tuisyen). Masa berlalu begitu pantas. Pengalaman itu mahal. Bukan mudah mendidik & mendisiplinkan insan. Ada yang mudah dibentuk & ada yang sukar.
Kepada pelajar yang masih bertahan tanpa jemu menuntut ilmu di KHT, cikgu Ruby salute, sebab nak konsisten belajar, bukan mudah. Kalian pelajar yang rajin & berpotensi untuk berjaya.
Ada suatu ketika seorang pelajar menelefon cikgu. Katanya,
" Terima kasih cikgu Ruby kerana mengajar saya, Alhamdulillah saya berjaya diterima masuk ke SBP. Cikgu jawab, sama². Tapi, kejayaan kamu bukanlah atas usaha cikgu seorang, tapi kamu berjaya sebab usaha ibu bapa kamu menghantar tuisyen, usaha guru² di sekolah,
juga atas usaha kamu sendiri, doa kamu, doa ibu bapa serta guru² yang tak putus².
Pokok pangkalnya, kejayaan kamu adalah hasil daripada attitude kamu sendiri. Orang yang berjaya, mencipta peluang. Tetapi orang yang sering gagal akan sentiasa menciptakan alasan dan terus menyalahkan orang lain & takdir atas kegagalannya.
Walaupun pada hakikatnya, yang salah adalah diri sendiri.
Belajar perlu konsisten....
Belajar tak boleh jemu & hilang fokus.....
Alhamdulillah dengan izin Allah, dipanjangkan
usia ini untuk terus
mendidik anak bangsa di
KHT EDU LEGACY.
Jadilah orang yang sentiasa bersyukur.
Akal merupakan kurniaan Allah yang sangat berharga. Gunalah untuk menuntut ilmu-ilmu yang bermanfaat sebagai bekalan di dunia & di akhirat.
11/01/2023
"Saya melihat progres anak saya dari segi pembelajaran sejak mengikuti kelas di KHT" - Puan Hasnah
Dengan kaedah TUITION Grouping & 1 to 1, anda pasti dapat melihat perkembangan prestasi anak anda.
Catch-up semula apa yang tertinggal semasa PKP pada musim cuti sekolah kali ini dan tahun hadapan. Sesuai untuk pelajar pra sekolah, sekolah rendah & sekolah menengah.
Daftar segera untuk program Kelas Intensif Cuti Sekolah, Pakej Kelas 4 Subjek dan Kelas Intensif Membaca bagi sesi 2023 untuk membantu anak anda cemerlang!
11/01/2023
Tuan puan bekerja dan sedang mencari pusat jagaan/asuhan kanak-kanak berdaftar, selamat dan diyakini di sekitar Kuala Kedah? Kami di KHT EDU LEGACY ada solusinya untuk membantu. Kami bukan sahaja menawarkan perkhidmatan kelas tuisyen, kelas transit, kelas mengaji bahkan penjagaan kanak-kanak juga disediakan. Anda pasti akan berpuas hati dengan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak yang kami sediakan kerana anak-anak anda akan diasuh dengan baik dan dibimbing untuk menjadi kanak-kanak yang bijaksana. Apa tunggu lagi cepat daftar segera kerana pengambilan terhad. KHT mementingkan kualiti bukan kuantiti. Untuk makluman, bagi pusat jagaan, KHT tidak membuka pengambilan dalam jumlah yang ramai, kuota terhad bagi memastikan fokus serta kualiti terjamin. Apa tunggu lagi cepat² daftar sebelum kuota penuh.
11/01/2023
Visi & misi kami di KHT akan sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik. "Kecemerlangan anak anda keutamaan kami".
Alhamdulillah. Sejak 7 tahun KHT ditubuhkan, KHT sentiasa menjadi pilihan Ibu bapa bagi mendapatkan perkhidmatan kelas tuisyen. Ribuan Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak belajar di pusat tuisyen KHT.
18/12/2021
Sekiranya anda memerlukan pertolongan, sila hubungi Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor di talian 03-50350920, ataupun nombor-nombor yang tertera di bawah :
i) Majlis Perbandaran Klang - 03-3374 8845
ii) Majlis Bandaraya Shah Alam - 03-5522 2787
iii) Majlis Perbandaran Kuala Langat - 03-31822566
iv) Hospital Tengku Ampuan Rahimah - 03-3323 9478
v) Pejabat Kesihatan Daerah Klang - 03-3323 9554
vi) PDRM Klang Selatan - 03-3372 2222
vii) PDRM Klang Utara - 03-3291 3344
viii) Jabatan Kebajikan Masyarakat - 03-3341 3703
ix) Jabatan Kerja Raya - 03-3371 4040
x) Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor - 03-3371 2464
xi) Angkatan Pertahanan Awam - 03-3371 0820
Semoga membantu... 🙏🏻
Air tengah pasang... tolong jaga diri semua..
mari kita doa supaya hujan berhenti dan air kembali surut dengan segera...
Amin..
12/12/2021
JADUAL PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2021
✅PINDAAN 1/ 2021
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Alor Setar
06600
Opening Hours
| Wednesday | 18:30 - 21:30 |
| Thursday | 18:30 - 21:30 |
| Friday | 08:00 - 13:30 |
| 18:30 - 21:30 | |
| Saturday | 08:00 - 13:30 |
| 18:30 - 21:30 |