YB Rashidi Razak
Ahli Dewan Undangan Negeri
Anak Bukit. "Anak Bukit Di Hati"
11/05/2026
Pegawai Khas ADUN mewakili YB Rashidi menunaikan solat jenazah Allahyarham Roslan di Masjid Kampung Alor Ganu.
09/05/2026
Ziarah kematian Allahyarham Haji Hanapiah Haron di Kampung Padang Gunung.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Al-Fatihah
09/05/2026
Prihatin Musibah Menimpa Penduduk Anak Bukit
Pagi ini, YB Rashidi turun padang menziarahi lima buah rumah penduduk yang terjejas akibat kejadian angin ribut yang melanda beberapa kawasan di DUN Anak Bukit pada petang semalam.
Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Besar, Kampung Kubang Teduh dan Kampung Selarong Padang. YB turun melihat sendiri keadaan mangsa, mendengar permasalahan yang dihadapi serta menyampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda keprihatinan dan usaha meringankan beban yang ditanggung.
Semoga semua keluarga yang terkesan diberikan ketabahan dan dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah, pihak kami akan terus memantau perkembangan serta membantu sedaya upaya agar kebajikan rakyat sentiasa terbela.
08/05/2026
Mengunjung kematian Allahyarham Sulaiman Haji Ibrahim di Taman Aman pagi ni.
Jenazah akan dislolatkan di Masjid Tuan Husain T**i Gajah selepas solat asar.
Al-Fatihah
04/05/2026
Dalam suasana santai, pagi ini YB meluangkan masa menyantuni para penduduk Kampung Bukit Pulau Kerengga sambil mendengar sendiri pelbagai isu dan pandangan yang dibangkitkan. Pendekatan turun padang ini amat penting bagi memastikan setiap suara rakyat tidak terpinggir.
Sebagai tanda keprihatinan, YB turut menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban penduduk yang memerlukan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Website
Address
Pejabat MTD Anak Bukit, KM 8, Kampung Alor Pial, Mukim Gunung
Alor Setar
05400