MYHA Negeri Kedah
Page Facebook MYHA Negeri Kedah
06/03/2026
*Salam Nuzul Al-Quran 1447H*
“Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Quran) pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami lah yang memberi peringatan.” (Surah Ad-Dukhan: 3)
Nuzul Al-Quran bukan sekadar satu peristiwa sejarah, malahan ia adalah detik bermulanya pancaran cahaya hidayah buat seluruh umat manusia. Marilah kita sama-sama menjadikan Al-Quran sebagai panduan dan penyuluh dalam setiap langkah kehidupan kita.
Ikhlas daripada:
Presiden & Ahli Jawatankuasa MYHA Negeri Kedah
02/03/2026
14 Febuari 2026
Program Sejati Madani X Belia di Mydin, Taman Batik di Sungai Petani.
MYHA Negeri Kedah telah menerima Sijil Sejati Madani dari YBM.
18/02/2026
🌙 SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 🌙
Persatuan Asrama Belia Malaysia Negeri Kedah mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam, khususnya kepada semua ahli dan warga Persatuan di seluruh negeri Kedah.
Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan jiwa, memperkukuh keimanan serta mengeratkan ukhuwah sesama kita. Mudah-mudahan setiap amalan dan kebaikan yang dilakukan sepanjang Ramadhan ini diterima dan diberkati oleh Allah SWT.
Marilah kita bersama-sama menghayati Ramadhan dengan memperbanyakkan ibadah, menyemai kasih sayang serta menyantuni golongan yang memerlukan.
Salam Ikhas
Presiden serta seluruh Ahli Jawatankuasa Myha Negeri Kedah
28/01/2026
Persatuan Asrama Belia Malaysia Negeri Kedah (MYHA Kedah) selesai melaksanakan Mesyuarat Agong Tahunan MYHA pada 27 Disember 2025 yang telah diadakan di Kombes, Alor Setar.
Mesyuarat ini turut menyaksikan pelantikan barisan kepimpinan baharu sesi 2025–2028 bagi meneruskan agenda belia.
Tahniah dan Selamat Menjalankan Tugas diucapkan.
MENEROKA • BERILMU • KREATIF
Click here to claim your Sponsored Listing.
Telephone
Address
10, Taman Rasa Sayang
Alor Setar
06000