THE MAJOR
"We are not makers of history.
15/06/2026
๐บ๐ธโ๏ธ๐ฎ๐ท ๐๐๐ซ๐ฃ๐๐ง๐ฃ๐ข๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐ข ๐๐โ๐๐ซ๐๐ง: ๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฃ๐๐ฒ๐ ๐๐๐ฉ๐๐ข ๐๐๐ฃ๐๐ค๐ญ๐ข๐, ๐๐จ๐ฌ ๐๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐๐ซ๐ฅ๐๐ฅ๐ฎ ๐๐๐ก๐๐ฅ ๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐ฆ๐๐ซ๐ข๐ค๐
Sejarah moden jarang sekali memperlihatkan sebuah detik di mana kuasa terbesar dunia, Amerika Syarikat terpaksa duduk semeja dengan musuh yang selama ini mereka label sebagai โpariah stateโ iaitu Republik Islam Iran.
Iran, sebuah negara yang bertahun-tahun ditekan melalui sekatan, ancaman ketenteraan, dan isolasi diplomatik, akhirnya muncul bukan sebagai pihak yang dipaksa tunduk akan tetapi sebagai pihak yang berjaya memaksa kuasa besar berunding atas dasar keseimbangan kuasa dan kemandiran ekonomi.
Selepas hampir tiga bulan konflik di Timur Tengah yang menggegarkan pasaran minyak global dan mengheret rantau itu ke ambang ketidakstabilan menyeluruh, Washington dan Tehran akhirnya bersetuju menandatangani gencatan senjata.
Perang ini kalau diikutkan telah meninggalkan kesan yang besar, memakan ribuan korban jiwa, membawa kepada kemusnahan infrastruktur strategik di Iran dan paling ketara sekali adalah kos Operasi ketenteraan berbilion dolar dan kos kerosakkan/kehancuran asset kepada Amerika Syarikat.
Namun di sebalik angka-angka kehancuran itu, satu realiti strategik tidak berubah iaitu Iran itu sendiri masih berdiri, dan lebih kritikal, masih menguasai Selat Hormuz, laluan tenaga paling penting di dunia.
Hakikatnya, Washington akhirnya terpaksa menerima syarat Tehran membuka satu kesimp**an yang sukar dinafikan, naratif โtotal victoryโ yang dicanang sebelumnya lebih bersifat politik daripada realiti medan perang.
Pada akhirnya, Iran bukan sekadar bertahan tetapi berjaya menjadikan kos perang terlalu tinggi sehingga Amerika terpaksa berkompromi dengan syarat lawannya.
--
๐ฎ๐ท ๐๐ฒ๐๐ซ๐๐ญ-๐๐ฒ๐๐ซ๐๐ญ ๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐๐ข๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐๐ญ๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐ข ๐๐
1๏ธโฃ๐๐๐ฃ๐๐๐ฉ๐๐ฃ ๐๐๐ฃ๐๐๐ฉ๐ ๐๐๐ ๐๐ก โ Semua operasi ketenteraan dihentikan, tiada lagi serangan udara, peluru berpandu, atau operasi laut terhadap Iran.
2๏ธโฃ๐๐๐ข๐๐ช๐ ๐๐๐ฃ ๐๐๐ข๐ช๐ก๐ ๐๐๐ก๐๐ฉ ๐๐ค๐ง๐ข๐ช๐ฏ โ Laluan tenaga dunia dibuka semula, dengan pengiktirafan bahawa Tehran kekal sebagai pengawal utama.
3๏ธโฃ๐๐๐ฃ๐๐ช๐ฃ๐๐ช๐ง๐๐ฃ ๐ฝ๐ก๐ค๐ ๐๐๐ ๐๐๐ช๐ฉ ๐ผ๐ โ Kapal perang Amerika yang mengawal Teluk terpaksa ditarik balik, melemahkan imej dominasi Washington.
4๏ธโฃ๐๐จ๐ช ๐ผ๐จ๐๐ฉ ๐ฟ๐๐๐๐ ๐ช๐ ๐๐ฃ โ Iran menuntut pembebasan berperingkat aset mereka yang dibekukan di bank antarabangsa, bernilai ratusan bilion USD.
--
๐ฐ ๐๐ฉ๐ ๐๐๐๐ข ๐๐ข๐ค๐ ๐๐ฌ๐ฌ๐๐ญ ๐๐ซ๐๐ง ๐๐ข๐ฅ๐๐ฉ๐๐ฌ๐ค๐๐ง?
๐ฎ๐ท ๐๐ซ๐๐ง: Ia bagai satu nafas Baru untuk Tehran kerana Aset ini ibarat tabung oksigen yang boleh menghidupkan semula tubuh negara yang hampir lumpuh akibat perang. Dana bernilai ratusan bilion USD memberi peluang untuk membina semula industri pertahanan, melabur dalam teknologi ketenteraan moden, menyuntik dana ke dalam ekonomi domestik, dan mengukuhkan pengaruh politik serantau.
๐ฎ๐ฑ ๐๐ฌ๐ซ๐๐๐ฅ: Tel Aviv melihat pembebasan aset Iran sebagai bom jangka geopolitik. Dana berisiko besar mengalir kepada Hezbollah dan Hamas, meningkatkan ancaman di sempadan utara dan Gaza. Israel terpaksa menilai semula strategi keselamatan jangka panjang kerana Iran yang berduit adalah Iran yang lebih berbahaya.
Harga pasaran minyak dan LNG mungkin stabil, tetapi harga tidak akan turun mendadak kerana Iran kini mengawal pintu masuk tenaga dunia. Kuasa barat dan Israel dengan kelat terpaksa menerima hakikat bahawa Tehran mempunyai kuasa tawar-menawar dan kemampuan yang lebih besar.
Keadaan masa kini seumpama berdiri di atas jambatan yang kukuh tetapi retak di bawah permukaan. Kita berdiri diatas keamanan palsu selagi mana Tel Aviv masih berkeras dengan ideologi songsang mereka.
--
๐ Implikasi Global
๐ธ๐๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข ๐๐ฎ๐ง๐ข๐: Selat Hormuz kembali berfungsi, tetapi Iran kini boleh menggunakan kedudukan itu sebagai senjata diplomatik.
๐ธ๐๐จ๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ค ๐๐: Kongres menekan Trump kerana kos perang terlalu tinggi tanpa hasil jelas. Naratif โtotal victoryโ sukar diterima rakyat Amerika.
๐ธ๐๐ข๐ฆ๐ฎ๐ซ ๐๐๐ง๐ ๐๐ก: Israel terpaksa menilai semula strategi kerana Iran masih berdiri teguh. Negara Teluk menyambut baik kestabilan sementara, manakala Turkiye dan Qatar melihat peluang untuk memperkukuh hubungan dengan Iran.
--
๐ฅ ๐๐๐ซ๐ฎ๐ ๐ข๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฉ ๐๐ข๐ญ๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐๐ซ๐๐ง
Perang ASโIran 2026 berakhir bukan dengan kemenangan mutlak, tetapi dengan kos yang terlalu besar untuk ditanggung kedua-dua pihak terutama Amerika Syarikat.
๐ธ๐๐๐ซ๐ฎ๐ ๐ข๐๐ง ๐๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข: Amerika Syarikat menanggung kerugian aset dan pangkalan bernilai antara USD 25โ50 bilion, dengan kos operasi harian perang mencecah hampir USD 1 bilion sehari. Israel p**a menanggung kerugian sekitar USD 50 bilion, manakala Iran menanggung kerosakan jauh lebih besar โ dianggarkan antara USD 270 bilion hingga USD 1 trilion, termasuk kehancuran industri pertahanan dan infrastruktur awam.
๐ธ๐๐จ๐ซ๐๐๐ง ๐๐ฒ๐๐ฐ๐: Amerika Syarikat kehilangan sekurang-kurangnya 15 askar terbunuh dan lebih 538 cedera, sementara Israel mencatat 18 askar dan 28 awam terbunuh. Iran p**a membayar harga paling mahal โ lebih 3,600 terbunuh, termasuk tokoh utama seperti Hossein Salami (Komander IRGC), Esmail Qaani (Ketua Pasukan Quds), Ali Shamkhani (Setiausaha Majlis Keselamatan Negara), dan Mohammad Reza Naqdi (Timbalan Ketua IRGC). Namun yang paling menggoncang dunia ialah kesyahidan Ayatollah Ali Khamenei, Pemimpin Tertinggi Iran, bersama ahli keluarganya. Kematian beliau bukan melemahkan semangat rakyat, sebaliknya menjadi simbol pengorbanan yang menyatukan bangsa Iran di belakang kerajaan.
๐ธ๐๐ฌ๐๐ญ ๐๐ข๐๐๐ค๐ฎ๐ค๐๐ง: Rundingan damai membuka jalan kepada pembebasan berperingkat aset Iran yang dibekukan di bank antarabangsa, bernilai ratusan bilion USD. Dana ini dilihat sebagai โoxygen tankโ untuk Tehran, tetapi bagi Israel ia adalah bom jangka yang boleh memperkukuh Hezbollah dan Hamas. Dunia p**a terpaksa menerima hakikat bahawa Iran kini memiliki leverage kewangan dan strategik yang lebih besar.
--
๐๐๐ฎ๐๐ ๐ญ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ ๐ฆ๐๐ญ๐ ๐๐๐๐ ๐ซ๐ข๐ฌ๐๐ฅ๐๐ก ๐๐ข๐๐๐๐ซ, ๐๐๐ซ๐๐ง๐ ๐ฌ๐ฎ๐๐๐ก ๐ญ๐๐ฆ๐๐ญ ๐ค๐ฎ ๐ง๐ฒ๐๐ง๐ฒ๐ข ๐ฌ๐๐ฉ๐๐ซ๐ ๐ฌ๐๐๐๐ซ
Syarat Iran sebenarnya bukan sekadar tuntutan damai tapi ia adalah pengiktirafan bahawa Tehran masih berkuasa.
Darah syuhada, termasuk Ayatollah Khamenei, telah menukar kelemahan menjadi kekuatan dan menjadikan Iran bukan sekadar bertahan, tetapi bangkit dengan "leverage" baru terhadap Israel dan dunia.
Tapi kan, berapa lama agaknya perjanjian damai ini sebenarnya boleh bertahan? Adakah USA dan ISRAEL itu sendiri, terutama Israel lah akan โhonorโ atau menghormati perjanjian damai ini?
PERKARA ni yang buat admin kembali teringat dengan bait rangkap dari nyanyian sang general-malique
โ๐๐ข๐ฏ๐ต๐ช ๐ด๐ฆ๐ฃ๐ช๐ซ๐ช ๐ฑ๐ฆ๐ญ๐ถ๐ณ๐ถ ๐ฅ๐ข๐ฑ๐ข๐ต ๐ด๐ฆ๐ฃ๐ข๐ต๐ข๐ฏ๐จ ๐ค๐ช๐จ๐ข๐ณ
๐๐ฆ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ ๐ด๐ถ๐ฅ๐ข๐ฉ ๐ฃ๐ถ๐ฃ๐ข๐ณ ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ ๐ด๐ถ๐ฅ๐ข๐ฉ ๐ฃ๐ถ๐ฃ๐ข๐ณ
๐๐ข๐ฏ๐ต๐ช ๐ด๐ฆ๐ฃ๐ข๐ต๐ข๐ฏ๐จ ๐ด๐ฆ๐ฏ๐ข๐ฑ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฅ๐ข๐ฑ๐ข๐ต ๐ด๐ฆ๐ฃ๐ช๐ซ๐ช ๐จ๐ช๐ต๐ข๐ณ
๐๐ฆ๐ณ๐ฆ๐ฌ๐ข ๐ฌ๐ข๐ต๐ข ๐ต๐ช๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ฎ๐ถ๐ฏ๐จ๐ฌ๐ช๐ฏ ๐ข๐ฌ๐ถ ๐ฃ๐ข๐ญ๐ข๐ด ๐ฃ๐ฆ๐ฏ๐ข๐ณ
๐๐ถ๐ฃ๐ข ๐ต๐ถ๐ต๐ถ๐ฑ ๐ฎ๐ข๐ต๐ข ๐ฃ๐ข๐ค๐ข ๐ณ๐ช๐ด๐ข๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฅ๐ช๐ฆ๐ฅ๐ข๐ณ
๐๐ฆ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ ๐ด๐ถ๐ฅ๐ข๐ฉ ๐ต๐ข๐ฎ๐ข๐ต ๐ฌ๐ถ ๐ฏ๐บ๐ข๐ฏ๐บ๐ช ๐ด๐ฆ๐ฑ๐ข๐ณ๐ข ๐ด๐ฆ๐ฅ๐ข๐ณ
๐๐ฆ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฅ๐ข๐ฉ ๐ต๐ข๐ฎ๐ข๐ต ๐ฎ๐ข๐ข๐ง ๐ฃ๐ถ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ค๐ฆ๐ณ๐ช๐ต๐ข ๐ด๐ฆ๐ฃ๐ฆ๐ฏ๐ข๐ณโ
-mzh-
THE MAJOR
GEOPOLITIK . TANPA TAPISAN
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Address
Alor Setar