DPMM Kedah

DPMM Kedah

Share

Ini adalah Laman Facebook rasmi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Kedah.

Photos from DPMM Kedah's post 14/06/2026

13 Jun 2026 | Alor Setar

DPMM Kedah memenuhi jemputan ke Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-90 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kedah (KCCCI) serta Ulang Tahun ke-14 Jawatankuasa Usahawan Beliau yang berlangsung di Frazer Expo & Convention Hall, Alor Setar.

DPMM Kedah diwakili oleh Yang Dipertua, Haji Zuhaizar Abdul Karim dan Mantan Yang Dipertua, Datuk Mohd Zayad Md Ismail.

Majlis telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah. Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Tuan Steven Sim Chee Keong.

Majlis yang penuh gemilang ini menghimpunkan pemimpin industri, wakil kerajaan serta tetamu kehormat dari dalam dan luar negeri, sekali gus memperkukuhkan jaringan kerjasama serta hubungan erat antara komuniti perniagaan pelbagai kaum di negeri Kedah.

Tahniah kepada Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kedah atas sambutan ulang tahun yang bersejarah ini. Semoga terus maju dan cemerlang dalam memperkasakan pembangunan ekonomi serta keusahawanan negeri Kedah.

26/05/2026

"Salam Hari Arafah 1447H! Semoga hari yang mulia ini membawa limpahan rahmat, mengampunkan segala dosa kita yang lalu dan akan datang, serta memakbulkan setiap doa yang dipanjatkan.

Salam Aidiladha daripada DPMM Kedah.

25/05/2026

πŸ“£ SIRI BUAL BICARA USAHAWAN KEMBALI LAGI!

Kali ini bersama Sahabat usahawan PBMR AIM Cawangan Kuala Muda.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai siri terbaru program bual bicara usahawan bertajuk:
✨ β€œDari Modal Kecil ke Impian Besar” ✨

Bersama tokoh usahawan wanita DPMM Kedah yang akan berkongsi pengalaman, cabaran serta inspirasi dalam membina perniagaan mereka hingga mencapai kejayaan.

πŸ“… Tarikh: 12 Jun 2026 (Jumaat)
πŸ•˜ Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Tempat: AIM Cawangan Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah.

🎯 Terbuka kepada usahawan yang ingin menambah ilmu, motivasi dan jaringan perniagaan. keutamaan kepada sahabat usahawan PBMR AIM.

πŸ“² Penyertaan adalah terhad.

WhatsApp nama penuh anda untuk pendaftaran:
πŸ‘‰ www.wasap.my/601155080577/BualBicaraAIM

Ayuh bersama kami dalam sesi santai penuh inspirasi ini! πŸ’ΌπŸŒŸ

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Bangunan DPMMK
Alor Setar
05700

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Sunday 09:00 - 17:30