KLPK SDN BHD

KLPK SDN BHD

Share

Based in Kedah, Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd (Reg. No. 198001000689 (54472-U)) specializes in plantation management.

Photos from KLPK SDN BHD's post 13/05/2026

📌 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐔𝐍𝐓𝐄𝐑 𝐊𝐖𝐒𝐏 𝐃𝐈 𝐋𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐔𝐓𝐀𝐑𝐀

13 Mei 2026, Ladang Bukit Perak Utara – KLPK dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menganjurkan sesi taklimat yang disampaikan oleh Pn. Nur Amalina Noordin daripada KWSP Cawangan Alor Setar berkaitan caruman pekerja dan majikan.

Program ini dihadiri oleh wakil ibu pejabat, anak-anak syarikat dan wakil dari setiap ladang dengan jumlah kehadiran lebih kurang 50 orang peserta. Sesi taklimat ini memberi penerangan yang jelas dan bermanfaat kepada kakitangan yang berurusan dengan pihak KWSP, khususnya berkaitan pelaksanaan caruman KWSP bagi pekerja warga asing yang kini turut melibatkan sektor perladangan. Selain sesi taklimat, turut dibuka kaunter perkhidmatan bagi urusan berkaitan akaun KWSP seperti pendaftaran i-Akaun, semakan baki simpanan dan lain-lain.

Pihak KLPK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada KWSP Cawangan Alor Setar atas kerjasama dan perkongsian ilmu yang bermanfaat serta berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

24/04/2026

ZAHIRKAN CINTA DAN KETAATAN KEPADA ALLAH SWT, LAMBANG PENGORBANAN DAN KEIKHLASAN

Ayuh berkorban tahun ini bersama KLPK TERNAK.Kami menyediakan perkhidmatan korban yang lengkap, teratur dan telus — dari urusan sembelihan, proses lapah hingga agihan kepada yang memerlukan.

🚚 Penghantaran PERCUMA seluruh negeri Perlis, Pulau Pinang & Kedah (kecuali Langkawi).
�📅 Penghantaran bermula 1 minggu sebelum Hari Raya Korban sehingga hari terakhir Hari Tasyrik.

📌 Penghantaran adalah untuk lembu hidup sahaja (Pakej 1).�📌 Bagi Pakej 2 (bahagian), peserta perlu mengambil sendiri di lokasi yang ditetapkan.

Jangan bertangguh, rebut peluang keemasan ini untuk melaksanakan ibadah korban dengan sempurna demi meraih ganjaran pahala di sisi Allah.
�Ayuh, hubungi kami segera untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

📞 Hubungi:�
En. Zaidi - www.wasap.my/60134601008/LembuKorban

En. Idwan - www.wasap.my/60195584248/LembuKorban

En. Syafiq - www.wasap.my/60175455776/LembuKorban

En. Farhan - www.wasap.my/60175566726/LembuKorban

En. Roslilan - www.wasap.my/601136755537/LembuKorban

Photos from KLPK SDN BHD's post 21/04/2026

⛑️ 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐎𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐌𝐀𝐒, 𝐂𝐏𝐑 & 𝐀𝐄𝐃

Pendang, 21 April 2026 - Bertempat di Ladang Bukit Perak Utara, telah berlangsung dengan jayanya Kursus Pengenalan Pertolongan Cemas, Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) dan Defibrilator Luaran Automatik (AED) dengan penyertaan seramai 35 orang peserta. Peserta terdiri daripada wakil setiap ladang PKNK yang merangkumi Penolong Pengurus, penyelia ladang, mandor serta pekerja ladang. Selain itu, wakil dari ibu pejabat KLPK dan anak syarikat turut hadir.

Kursus ini telah disampaikan oleh En. Norazlan Bin Abu Bakar (Penolong Pengarah Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Kedah) dan En. Muhammad Hafizuddin Ang Bin Abdullah (Jurulatih Kanan Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Kedah). Para peserta telah didedahkan dengan ilmu dan kemahiran asas yang sangat penting dalam menghadapi situasi kecemasan, termasuk teknik CPR yang betul serta penggunaan AED bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan keselamatan di tempat kerja.

Kursus ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam aspek pertolongan cemas, CPR serta penggunaan AED dengan lebih yakin dan berkesan. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam situasi kecemasan serta menyumbang kepada persekitaran kerja yang lebih selamat ✨

Photos from KLPK SDN BHD's post 09/04/2026

🌟 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐋𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Pendang, 9 April 2026 – Ladang Bukit Perak Selatan telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di perkarangan Pejabat Ladang Bukit Perak Selatan. Majlis ini telah diserikan dengan penyediaan pelbagai menu yang dimasak secara gotong-royong oleh pekerja dan penduduk ladang.

Majlis turut dihadiri oleh Pengurus Besar KLPK, Tn. Hj. Abdul Roni bin Abu Bakar bersama isteri, serta dimeriahkan dengan kehadiran wakil-wakil ladang PKNK dan stakeholders. Penganjuran majlis ini telah mencapai tujuan sebenar program iaitu penyatuan dan keharmonian serta semangat kemasyarakatan di semua peringkat warga ladang 🤝🏻✨

Photos from KLPK SDN BHD's post 09/04/2026

🗂️ 𝐌𝐈𝐀 𝐀𝐂𝐂𝐎𝐔𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆 & 𝐅𝐈𝐍𝐀𝐍𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐓𝐄𝐂𝐇𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐘 𝐒𝐇𝐎𝐖𝐂𝐀𝐒𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟔

Rabu, 8 April 2026 - Jabatan Akaun & Kewangan KLPK Sdn Bhd yang diketuai oleh En. Wan Kamarul Hazim Bin Wan Ya (Pengurus), Pn. Noor Hafiza Bt Ishak, Pn. Juwita Syafinaz Bt. Yaacob dan Pn. Rusydina Bt. Ismail telah menghadiri MIA Accounting & Financial Technology Showcase 2026 yang dianjurkan oleh Malaysian Institute of Accountants (MIA) bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur,

Persidangan ini diadakan bertujuan untuk membantu industri dalam menyesuaikan diri dengan transformasi digital Dan AI disamping mempamerkan penyelesiaan digital yang berinovatif untuk kewangan dan perakaunan serta menghubungkan kepakaran kewangan dengan kecerdasan digital.

Semoga dengan usaha ini dapat membuka peluang yang lebih banyak kepada Syarikat berkaitan dengan teknologi kewangan ✨

Want your business to be the top-listed Business in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Lot 160, Kompleks Alor Setar, Lebuhraya Darulaman
Alor Setar

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00