UTS Korban

UTS Korban

Share

UTS Korban menyediakan perkhidmatan aqiqah / qurban di tanah suci Makkah
Diuruskan oleh:
Ultri Holdings Sdn Bhd
202201011641 (1457338-T)

27/05/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Tuan/Puan peserta UTS Korban yang dihormati,

Alhamdulillah, dimaklumkan bahawa seluruh proses sembelihan bagi UTS Korban 2026 telah selesai dan sempurna dilaksanakan.

Bagi peserta yang melaksanakan amalan sunat untuk tidak memotong kuku dan rambut sepanjang tempoh ibadah korban, tuan/puan kini sudah boleh melakukannya.

Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah SWT menerima ibadah korban yang telah dilaksanakan serta mengurniakan keberkatan dan ganjaran yang terbaik buat kita semua.

Untuk makluman, galeri sembelihan dan sijil korban akan dihantar ke emel tuan/puan dalam masa terdekat secepat mungkin.

Pihak kami memohon maaf di atas kekurangan dalam menguruskan ibadah korban tuan/puan. Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan kepada UTS Korban pada tahun ini.

Sekian, terima kasih.

Salam hormat,
UTS Korban

26/05/2026
Want your business to be the top-listed Business in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


SL-03 Tingkat 2 Ukir Mall
Alor Setar