SMK Kepala Batas
Page rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas
01/07/2026
~Pelaksanaan Mentor Mentee/SUMUR 2026~
Tahniah kepada seluruh warga sekolah atas pelaksanaan program Mentor Mentee/SUMUR pada kali ini. Tema untuk Mentor Mentee kali ini ialah kesedaran tentang Penyalahgunaan Dadah.ποΈ
Di samping itu, para mentor turut memberi hadiah hari lahir kepada para mentee yang menyambut hari lahir pada bulan ini. Ia mengeratkan lagi silaturrahim antara mentor dan juga mentee-mentee nya. Ia juga adalah pelaksanaan di bawah Program Sekolah Penyayangβ€οΈβ€οΈβ€οΈ
Semoga program ini memberi manfaat kepada seluruh warga sekolahπππππ
29/06/2026
Selamat menduduki Modul Peningkatan Prestasi Tingkatan 5 untuk semua calon SPM 2026.
Semoga Allah SWT memberikan ketenangan hati, menerangkan minda, dan mempermudahkan segala urusan menjawab soalan π€²π€²π€²
Ikhlas:
~ Warga SMK Kepala Batas ~
28/06/2026
Tahniah diucapkan kepada Muhammad Syahid Naufal bin Mohd Roshahizam dari 4 Al Farabi mewakili SMK Kepala Batas yang memperoleh tempat ke-7 dalam kategori Individu Bawah 18 tahun dalam Kejohanan Boling Tenpin MSSD Kota Setar πππ. Tahniah kepada Guru Pembimbing dan peserta atas usaha yang bersungguh-sungguh. Teruskan kecemerlangan dalam bidang sukan!
28/06/2026
Penyampaian Surat Kenaikan Pangkat kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan SMK Kepala Batas oleh Tn Hj Ali bin Awang Kechik, Pengetua SMK Kepala Batas. Semoga kenaikan pangkat ini menjadi nilai tambah untuk para guru ini dalam melaksana tugasan cemerlang sebagai seorang Pendidik kepada anak bangsa. Tahniah diucapkan! π―π―π―πππππ
27/06/2026
Antara Pengisian Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) SMK Kepala Batas:
π€² Bacaan Hadis 40 oleh Imam Nawawi (pelaksanaan di awal pagi)
π€² Bacaan surah-surah pilihan (pelaksanaan di awal pagi)
Semoga usaha ini melembutkan hati anak-anak murid seawal pagi untuk menerima ilmu sepanjang hari, InshaAllah π€²π€²π€²
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Smk Kepala Batas KM10 Jalan Hutan Kampung
Alor Setar
06200
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 15:00 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |